UJIAN PERTAMA

>> Rabu, 22 Januari 2014

22 JAN - Hari ini merupakan hari kedua murid tahun 6 menduduki Ujian Diagnostik Pertama dalam tahun 2014. Ujian yang bermula sejak semalam akan berakhir pada 23 januari ini. Ujian ini diadakan untuk menguji sejauh mana penguasaan pelajaran murid selama lima tahun mereka berada di sekolah. Subjek teras merupakan subjek yang diuji pada ujian kali ini antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pada tahun ini seramai 226 murid SK Lembah Keramat menjadi calon sekolah dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Semoga murid-murid tahun 6 mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian pada kali ini.

Read more...

UPSR OH UPSR

>> Jumaat, 15 November 2013

Guru-guru bersama murid-murid yang mendapat 5A dan 4A
14 NOVEMBER - Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang mendapat 5A dan 4A dalam UPSR. Hari ini SK Lembah Keramat telah melakarkan satu lagi sejarahnya dengan menduduki tempat yang kesembilan dalam daerah Gombak setelah 28 orang calon UPSR nya berjaya mendapatkan 5A. Pengumuman ini telah diumumkan oleh En. Majid Madon, guru besar SK Lembah Keramat jam 11.00 pagi hari ini. Turut serta dalam pengumuman ini adalah En. Shafar, Yang Dipertua PIBG SK Lembah Keramat. Beliau melahirkan kesyukuran ke hadrat ilahi dengan kejayaan murid-murid dan guru-guru SK Lembah Keramat kali ini. Walaupun tidak dapat mengekalkan bilangan murid yang mendapat 5A iaitu seramai 35 orang pada tahun lalu. Namun kali ini purata sekolah telah meningkat dan telah mengatasi purata kebangsaan. Syabas dan tahniah diucapkan juga kepada ibubapa yang bertungkus lumus memberikan kerjasama dan kepercayaan penuh kepada pihak sekolah pada tahun ini.

Read more...

SELAMAT BERSARA TEACHER

15 NOVEMBER - Hari ini merupakan hari persekolahan terakhir murid-murid SKLK dalam tahun 2013. Ia juga merupakan hari terakhir juga buat Cikgu Siti Pauziah dalam perkhidmatannya sebagai seorang guru. Selama 32 tahun bermula dari 1981 hingga kini beliau telah mencurahkan baktinya mendidik anak-anak bangsa. Hari ini beliau telah diraikan oleh seluruh warga SK Lembah Keramat sebagai mengenangkan jasa dan bakti beliau. Beliau telah bertugas dibeberapa sekolah, antaranya SK Taman Keramat, SK Taman Keramat 2 dan terakhir sekali di SK Lembah Keramat. SK Lembah Keramat adalah tempat yang paling lama beliau mencurahkan baktinya. Beliau merupakan salah seorang guru yang mengajar bahasa inggeris dan antara yang paling lama berkhidmat di SK Lembah Keramat.Turut hadir dalam majlis ini, cikgu Hasnida dan Cikgu Rozita Rahim yang telah bersara tahun 2012 dan pertengahan tahun 2013. Kami seluruh warga SK Lembah Keramat mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Siti Pauziah. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerna mencurahkan bakti di SK Lembah Keramat. Andai ada masa terluang, sudikanlah datang ke SK Lembah Keramat ini.

Read more...

SKLK CEMERLANG

>> Rabu, 13 November 2013

13 NOVEMBER, Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah cemerlang 2013 SK Lembah Keramat. Hari ini berlangsungnya satu majlis graduasi pra sekolah dan hari anugerah cemerlang SKLK buat tahun 2013. Majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Taman Melawati, En Hafizalshah bin Muhammad. Kemudian diikuti dengan persembahan nasyid Soutul Mujahidin. 3 murid telah ditabalkan sebagai tokoh-tokoh SK Lembah Keramat pada tahun ini. Tokoh Kokurikulum jatuh kepada adik Amir Asyraf bin Sabri. Tokoh Murid pula, adik Nur Haziqah bt Aznan manakala tokoh Muzaffar pula jatuh kepada adik Hanani Athirah bt Hamdan Azhar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Hari Anugerah Cemerlang SKLK tahun ini.

Read more...

SELAMAT BERJUANG PERMATA SKLK

>> Isnin, 26 Ogos 2013

Cikgu Suzuraini memberikan taklimat ringkas kepada calon.
26 OGOS - Selamat berjuang diucapkan kepada calon-calon SKLK yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR keesokkan hari. Seramai 204 orang calon SKLK bakal menempuhi Peperiksaan Percubaan UPSR yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Ogos. Peperiksaan Percubaan ini merupakan Peperiksaan yang terakhir dihadapi oleh calon SKLK sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar pada 9 haribulan september hadapan. Semoga calon-calon SKLK dapat menterjemahkan ilmu yang dicurahkan selama enam tahun berada di SK Lembah Keramat dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang untuk Percubaan dan Peperiksaan yang sebenar UPSR nanti. Guru-guru SK Lembah Keramat sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik SKLK.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013