UPSR OH UPSR

>> Jumaat, 15 November 2013

Guru-guru bersama murid-murid yang mendapat 5A dan 4A
14 NOVEMBER - Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang mendapat 5A dan 4A dalam UPSR. Hari ini SK Lembah Keramat telah melakarkan satu lagi sejarahnya dengan menduduki tempat yang kesembilan dalam daerah Gombak setelah 28 orang calon UPSR nya berjaya mendapatkan 5A. Pengumuman ini telah diumumkan oleh En. Majid Madon, guru besar SK Lembah Keramat jam 11.00 pagi hari ini. Turut serta dalam pengumuman ini adalah En. Shafar, Yang Dipertua PIBG SK Lembah Keramat. Beliau melahirkan kesyukuran ke hadrat ilahi dengan kejayaan murid-murid dan guru-guru SK Lembah Keramat kali ini. Walaupun tidak dapat mengekalkan bilangan murid yang mendapat 5A iaitu seramai 35 orang pada tahun lalu. Namun kali ini purata sekolah telah meningkat dan telah mengatasi purata kebangsaan. Syabas dan tahniah diucapkan juga kepada ibubapa yang bertungkus lumus memberikan kerjasama dan kepercayaan penuh kepada pihak sekolah pada tahun ini.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013