TAHNIAH SKLK

>> Ahad, 9 Oktober 2011

9 OKT - Tahniah buat SKLK kerana telah berjaya mengadakan Program Perkhemahan Bersepadu Badan Berunifom pada tahun ini. Seramai 116 orang murid tahun 5 SKLK yang terdiri dari Unit-unit Uniform SKLK telah menyertai perkhemahan kali ini. Program perkhemahan ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam. Program yang bermula pada hari sabtu, 8 Oktober ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKLK. Menurut En. Normayadi Othman, Penolong kanan Kokurilum SKLK, beliau amat berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa cuti hari minggu untuk sama-sama menjayakan program perkhemahan kali ini. Tidak dilupakan juga kesanggupan ibubapa penjaga melepaskan anak-anak bawah jagaan mereka untuk menyertai program ini. Beliau melahirkan kesyukuran terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa Program sehingga ada yang sanggup bersekang mata tidak tidur demi menjaga keselamatan para peserta program. Majlis perasmian program perkhemahan kali ini telah ditangguh oleh En. Shafar Sharudin, YDP SKLK. Walaupun majlis perasmian penutupan program tidak dapat dihadiri oleh Guru besar SKLK kerana masalah kesihatan. Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada guru-guru SKLK kerana menjayakan program perkhemahan pada tahun ini ketika ditemui di Hospital Selayang.

Read more...

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI RAYA MERIAH

>> Jumaat, 23 September 2011

23 SEPT - Walaupun dikatakan agak lewat sedikit mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Raya SKLK. Sambutan pada hari ini tetap juga meriah. Kekangan dari pelbagai kesibukan warga SKLK, SKLK telah berjaya mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya. Sambutan ini bermula seawal 8 pagi lagi dengan nyanyian Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah diikuti pula dengan bacaan doa pembukaan oleh Al-fadhil Ustaz Mohd Izzuddin. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid dari tahun 3 hingga 6. Tidak kurang juga persembahan deklamasi sajak oleh Cikgu Salehuddin. Antara aktiviti yang menarik dalam sambutan hari tersebut ialah kuiz mengikut aliran tahun dan juga pertandingan lambaian merdeka. Aliran tahun 4 telah menjadi juara dalam pertandingan lambaian merdeka. Sambutan berakhir dengan laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Cikgu Aspia. Murid-murid kemudiannya pulang ke kelas masing untuk menikmati pula hidangan Sambutan Hari Raya. Inilah julung-julung kali diadakan 2 perayaan dalam satu masa. SKLK mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN KEMERDEKAAN DAN HARI RAYA" kepada seluruh warga SKLK. Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Sambutan Perayaan Kemerdekaan dan Hari Raya 2011. Semoga jiwa merdeka menyerap ke dalam jiwa murid-murid SKLK dan seterusnya menjadi generasi merdeka yang akan mendokong cita-cita negara Malaysia di masa hadapan.

Read more...

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & BACAAN YASIN

>> Khamis, 8 September 2011

ATURCARA MAJLIS

7.00 MLM     : KEHADIRAN MURID-MURID / IBUBAPA/ PENJAGA DAN GURU

7.30 MLM     : SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
                       : SOLAT HAJAT
                       : BACAAN YASIN
                       : TAHLIL

8.45 MLM      : SOLAT ISYAK BERJEMAAH
                       : JAMUAN RINGAN

10.00 MLM    : BERSURAI

Read more...

HARI KEDUA RAMADHAN

>> Selasa, 2 Ogos 2011

2 OGOS - Satu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Izzuddin pada awal pagi di Dataran Ilmu SKLK hari. Tazkirah yang berjudul Pengertian Puasa dan rukun-rukunnya disampaikan kepada murid-murid tahun 3 hingga tahun 6. Tazkirah ini merupakan salah satu daripada program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SKLK. Ianya akan berlangsung waktu rehat murid iaitu sesi pertama 3 & 4 pada pukul 10.05 hingga 10.25 pagi manakala sesi kedua tahun 5 & 6 pada pukul 10.25 hingga 10.55 pagi. Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Izzuddin diatas tazkirah yang disampaikan. Semoga mendapat rahmat dan pahala yang besar dari Allah SWT di bulan yang penuh berkat ini.

Read more...

BUDI MU DIKENANG

>> Khamis, 14 Julai 2011


12 JULAI - Satu majlis persaraan peringkat SKLK telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Lembah Keramat hari ini. Majlis persaraan tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan persaraan Puan Mengit Kaur a/p Gurdev Singh yang bersara setelah genaplah umur beliau didalam perkhidmatan. Puan Mengit merupakan seorang Penolong Kanan Ko-Kurikulum di SKLK sejak 1 Mac 2000 lagi. Budi dan jasa beliau terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan SKLK khasnya tidak terkira. Beliau telah menabur bakti kepada negara dalam dunia pendidikan sejak 1977 lagi sehingga sekarang selama 34 tahun. Persaraan beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat SKLK dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). SKLK mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang telah mencurah bakti selama 11 tahun di SKLK. Budi mu tak terbalas, hanya tuhan yang dapat menilainya. Terima kasih Puan Mengit.

Read more...

BIRU TERUS MAJU

>> Sabtu, 2 Julai 2011

2 JULAI - "Biru Terus Maju" itulah laungan ahli pasukan rumah biru setelah mereka memenangi keseluruhan Kejohanan Olahraga dan Balapan hari ini. Satu kejohanan Olahraga dan balapan akhir telah berlangsung di SKLK hari ini. Kejohanan ini telah disertai oleh murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Tahniah diucapkan kepada ahli rumah sukan biru.  Kejohanan dimulakan selesai Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan dan berakhir pada pukul 12.15 tghri. Syabas diucapkan kepada ahlijawatankuasa Kejohanan Olahraga dan Balapan kerana berjaya mengadakan kejohanan pada kali ini. Ucapan terima kasih kepada AJK dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga dan Balapan kali ini.

Read more...

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN

2 JULAI - Sebagai menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia, SKLK telah mengadakan larian serentak 1 Murid 1 Sukan. Larian tersebut telah disertai oleh murid-murid, ibubapa dan guru-guru SKLK. Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azham kemudian diteruskan dengan senamrobik memanaskan badan oleh Cikgu Ezra. Larian serentak 1 Murid 1 Sukan merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ia merupakan larian yang julung-julung diadakan oleh KPM. Keistimewaan larian ini merupakan ianya disertai oleh seluruh sekolah dibawah KPM dan ia akan masukkan dalam Book of Record sebagai larian teramai dan dimulakan serentak di seluruh Malaysia. SKLK mengucapkan tahniah kepada pemenang yang telah menamatkan larian lebih awal dan pihak-pihak yang terlibat dalam larian kali ini.

Read more...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

>> Jumaat, 20 Mei 2011

20 MEI - Peperiksaan pertengahan tahun telah bermula hari ini untuk tahun 4, 5 dan 6. Peperiksaan yang berlangsung pada pukul 7.50 pagi dimulakan dengan mata pelajaran yang pertama iaitu Kemahiran hidup. Murid-murid SKLK kelihatan bersedia dengan peralatan masing-masing untuk menghadapi peperiksaan kali ini sejak pagi tadi lagi. Peperiksaan pertengahan tahun ini bermula dari 20 Mei dan akan berakhir pada 26 Mei ini. SKLK mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada murid-murid. Semoga mendapat kecemerlangan pada peperiksaan kali ini dan membuat peningkatan dari peperiksaan yang lalu.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU MERIAH

>> Rabu, 18 Mei 2011

16 MEI - Satu Sambutan Hari Guru telah berlangsung di SKLK hari ini. Program Sambutan Hari Guru merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh SKLK bersempena meraikan jasa guru-guru SKLK seiringan dengan Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA". Program telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri Selangor dan lagu sekolah diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Khalid Sabri. Selepas itu Adik Nur Syahirah Kamaruzaman selaku Ketua Murid menyampai ucapan. Diikuti dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Puan Mastura Mohd Mokhtar, ucapan YDP PIBG En. Mohd Shafar Sharudin dan ucapan dari Guru Besar SKLK En. Rasani Hamazah. Program diteruskan dengan Ikrar guru yang diketuai oleh Guru Besar SKLK dan nyanyian "Guru Malaysia" oleh guru-guru SKLK. Sebagai tanda penghargaan kepada guru aturcara penyerahan hadiah kepada guru turut diadakan. Pada 10.45 pagi murid-murid dibawa ke Dewan Baiduri untuk menonton persembahan. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid dan guru-guru antaranya tarian boria, dikir barat dan nyanyian lagu-lagu pilihan. Program sambutan hari guru berakhir dengan bertukar hadiah sesama guru dan sukaneka.. SKLK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh negara amnya dan warga pendidik SKLK khasnya.

Read more...

SUKANTARA SKLK

>> Selasa, 26 April 2011

25 APRIL - Satu Program Sukantara SKLK telah berlangsung pada hari ini. Program ini akan berlangsung selama 5 hari bermula 25 hingga 28 April mengikut tahun kelas masing-masing. Peserta Sukantara ini terdiri dari murid tahun 4, 5 dan 6. Peserta sukantara begitu bersungguh-sungguh dalam mengambil bahagian untuk mendapatkan mata bagi rumah sukan masing-masing. Acara yang dipertandingkan adalah 100 meter dan 200 meter lelaki dan perempuan. Sukantara ini adalah satu program dibawah kelolaan Unit Kokurikulum SKLK. Ianya dijalankan pada sekali setahun.

Read more...

MAJILIS TADARUS AL-QURAN

>> Jumaat, 11 Mac 2011

10 Mac - Satu Majlis Tadarus Al-Quran peringkat zon Hulu Kelang telah diadakan di SKLK hari ini. Peserta MTQ sekolah telah mendapat Johan kategori Hafazan Lelaki dan Naib Johan Nasyid. Tahniah buat peserta-peserta sekolah kerana telah mengharumkan nama sekolah. Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) ini merupakan program dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyerlahkan bakat-bakat murid dalam bidang tilawah Al-Quran, hafazan A-Quran, Bercerita dan Nasyid. Jutaan terima kasih kepada AJK pelaksana MTQ, PIBG, warga SKLK dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MTQ kali ini.

Read more...

KEJOHANAN ROAD RUN 2011

5 Mac - Satu Kejohanan Road Run telah berlangsung di SKLK hari ini. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mohd Rasani Hamazah, Guru besar SKLK. Rumah Merah telah menjadi johan keseluruhan pada kejohanan kali ini menewaskan rumah-rumah sukan lain. Tahniah diucapkan kepada Rumah Merah dan peserta-peserta yang memenangi kejohanan kali ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Kejohanan Road Run 2011, AJK PIBG, warga SKLK dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan pada kali ini. Kejohanan Road Run ini merupakan acara tahunan SKLK dibawah kelolaan Unit Kokurikulum SKLK.

Read more...

LENCANA

>> Ahad, 2 Januari 2011

LENCANA SK LEMBAH KERAMAT

Keterangan Bentuk

Lencana sekolah terdiri daripada gabungan beberapa bentuk:
1 ) Bulatan (berjalur) : melambangkan ilmu dan kukuhnya ikatan persahabatan.

2 ) Segienam : melambangkan keteguhan mental dan fizikal.

3 ) Bulan : melambangkan kasih sayang sesama warga sekolah SKLK

4 ) Bulan Sabit : melambangkan keteguhan beragama dan moral yang tinggi.

5 ) Obor : melambangkan semangat, keazaman dan ketekunan.

Keterangan Warna :

Hijau : melambangkan kesuburan untuk ilmu, bakat kemahiran.

Merah, Biru : warna-warna yang terdapat pada bendera Selangor dan Jalur Gemilang

Putih: Ketulenan dan kebersihan hati

Read more...

MISI & VISI

MISI SEKOLAH

# Menyediakan kemudahan asas yang kondusif untuk P & P
# Mempunyai kemahiran dalam bersosial
# Dapat menggunakan secara optima keupayaan mental, emosi dan bersedia menghadapi dunia globalisasi
# Berteraskan Kurikulum, Kokurikulum, Iklim Sekolah dan Modal Insan

VISI SEKOLAH

Melahirkan Modal Insan yang berilmu dan berintegriti

Read more...

PENGASAS SEKOLAH

Dilahirkan pada 11 November 1935 di Kampung Batang Kapas (sekarang dikenali sebagai Kampung Padang Balang), Gombak, Selangor Darul Ehsan. Mempunyai dua orang adik beradik. Ayahandanya meninggal dunia sewaktu beliau berumur satu setengah tahun.
 
Pada zaman pemerintahan Jepun, beliau berpindah ke Merbau Sempek, selepas itu berpindah ke Paya Jaras. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sg Palong Kuala Selangor pada tahun 1946. Beliau berumur 11 tahun pada ketika itu dan memasuki darjah satu, dalam tahun yang sama beliau telah naik ke darjah dua dan kemudian tiga.
 
Dalam tahun 1947, berpindah balik ke kampung asal, Batang Kapas dan bersekolah di Sekolah Melayu Setapak sehingga Darjah 6. Pertengahan tahun 1952, beliau berpindah ke Sekolah Melayu Ulu Gombak (sekarang Gombak Utara) dan menyambung belajar ke Sekolah Princes’ Road (Sekolah Jalan Raja Muda), Kampung Baru Kuala Lumpur hingga 1952. setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai buruh sebelum menjadi seorang guru.
 
Beliau mula mengajar pada 1 Julai 1953 di Sekolah Melayu Labuhan Dagang, Kuala Langat. Pada 1956 beliau telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Melayu Sentul Pasar. Tahun 1962, beliau berpindah ke Sekolah Gombak Lane, 1964 ke Sekolah Jalan Pasar dan menjadi Guru Ketua Darjah Menengah pada tahun 1967. Bertukar ke Sekolah Polis Depot ke Sekolah Menengah Gombak Setia pada tahun 1970. Tahun 1981 bertugas di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. 1984 menjadi Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Kajang. 1985 dilantik sebagai Guru Besar Pertama di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat hingga bersara pada 11 November 1990.
 
Bidang akademik SPM 1963. STPM tidak mendapat sijil penuh. Belajar secara pos dalam bidang bahasa di Universitas Nasional Inodonesia (UNAS) hingga peringkat Sarjana Muda. Tetapi oleh kerana beberapa sebab beliau tidak mendapat ijazah. Bergiat dalam politik, Ketua UMNO Cawangan (1983-1993) menduduki beberapa Jawatankuasa, Masjid, pemulihan dadah dan lain-lain.1985 dikurniakan bintang PJK.

Read more...

SEJARAH SKLK

Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat mula berfungsi pada 2 hb. Januari 1985. Sekolah ini dibina di bawah “Projek Kilat”.

Nama asal SKLK ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Keramat Hujung. Di atas daya Guru Besar yang pertama Tuan Haji Idris Bin Hassan, selepas beberapa permohonan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.

Bangunan asal sekolah ini terdiri dari blok bangunan setingkat yang terdiri daripad 14 buah bilik darjah, sebuah setor, sebuah kantin dan 4 buah bilik tandas. Terletak di kawasan seluas 4,308 ekar.

Dalam tahun 1986, banguan tambahan mula dibina merupakan bangunan tiga tingkat dibuat daripada batu. Banguan ini mengandungi 8 buah bilik darjah, Pejabat Guru Besar, pejabat, Bilik Guru, Bilik Pusat Sember dan Bilik Sembahyang. Bangunan tambahan ini mula berfungsi pada 24hb Januari 1987.

Pada peringkat awal keadaan padang sangat menyediakan. Berair dan berlopak-lopak di sana sini dan tidak sesuai digunakan  untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pendidikan jasmani. Atas daya usaha PIBG dan Angkatan Tentera, padang telah diperbaiki dalam tahun 1986 dengan perbelanjaan RM15,000.00.

Oleh sebab pertambahan murid begitu pesat tarmac yang asa tidak dapat menampung murid-murid terutama di masa perhimpunan. Tarmac tambahan telah diusahakan pada 10hb Februari 1987.

Pertambahan bilangan murid merupakan factor utama pertambahan bangunan/fizikal sekolah, mulai November 1993. Usaha membina bangunan baru empat tingkat dimulakan dan dijangka siap pada Ogos 1994.

Pengubahsuaian dan baikpulih fizikal SKLK dijangka bermula Mac 1994, bagi membolehkan SKLK lebih menarik dan berwajah baru.

Pada cuti pertengahan semester kedua 2008, sekolah telah dilawati oleh kontraktor dan telah memulakan memasang pagar keselamatan bertujuan untuk pembinaan bangunan baru satu blok tiga tingkat.

Read more...

HUBUNGI KAMI

>> Sabtu, 1 Januari 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT
JLN AU5C/6 HULU KELANG
54200 KUALA LUMPUR
SELANGOR

TEL : 0341082520
FAKS : 0341072521

Read more...

STAF SKLK 2016

 PENTADBIR
MAJID BIN MADON
(GURU BESAR)

ZULKIFLI BIN MASPANG
 (GURU PEN. KANAN 1)

HABIBA BINTI SAKIMIN
 (GURU PEN. KANAN HEM)

ROHANI BINTI AHMAD
(GURU PEN. KANAN KO-KURIKULUM)

HAZLINDA BINTI HAMDZAH
(GURU PEN. KANAN PETANG)

 GURU SESI PAGI
AINUN ASMAWATI BTE HJ ANUAR
AZIZAH BT ZAKARIA
AZIZI BIN MOHD ZIN
CIK HAZARAH BINTI DARUS
FARAH WAHIDA BINTI ADNAN
HAZMEE BIN YAKUB
KHALID BIN SABERI
KHALIJAH BT ALIAS
MOHAMMAD ASFIA BIN MAHDINI
MOHD ALIPIAH BIN OSMAN
MOHD IZZUDDIN B. AB RAHMAN
MONIZA BINTI RAWI
NOOR AZAH BT A. SAMAD
NOOR'AISHAH BINTI MUHAMMAD
MARZIANA BINTI MEGAT OSMAN
MASTURA BTE MOHD MOKHTAR
NOR HAZARIAH MOHD YUSOF
NORIZAN BINTI IBRAHIM
SALFARINA BT HASSAN
SITI MARIAM BINTI HUSIN
SITI SALIZA BINTI MD SHARIFF
ROZILAWATI BINTI ISMAIL
MOHD FAIRUZ BIN HUMAN
NOORSIAH BT HASSAN
ERNEI HASIZA BT ALBAHARI
NOR RAFIDAH BT OTHMAN
NORSILAWATI BT DAN
SUZURAINI BTE SULAIMAN
REGINA KRISTY ANAK NOHAN
ERNA BINTI YAHAYA
NURHIDAYAH BINTI CHE HASSAN
NAIZAN BINTI ZAKARIA
WAN HASANAH BT WAN HARUN
MUHD FADHIL BIN AB RAHMAN
NURUL JANNAH BT ZAILING
MUHAMMAD EZAIDIE BIN KAMARUDIN
SITI SALMAH BT SHUIB


GURU SESI PETANG
RASLAN HALAMI BIN ABBAS
NASMIZAITA BINTI MOHD NAWI
FATIMAH BTE DERAMAN
NURULHIDAYAH BINTI MOHD SANI
HASTURA BINTI ABU HANIPAH
HANIS FADHILAH BT ROSMI
NURUL YAQIN BINTI BAHRUM AZHAR
NOR HAFSAH BT HASHIM
MOHAMAD SALEHUDDIN BIN YAHYA
EDDY IZWAN BIN MUHAMAD
AZHAM BIN AB. GHANI
FARAHANUM BINTI MASRUNI
MAZIAN BINTI MAHAT
MOHD NASER BIN HJ SALEH
MOHD SALMAN YATIMI BIN MOHAMMAD RAMLI
NURUL ZATUL AKMAR BINTI DAGANG
NOOR AKMAL BINTI MOHAMAD RAZI
ROZITA BT KAHAR
SAREHAH BT SABERI
SITI ROHA BINTI KURDI
HANIS FADHILAH BT ROSMI
WAN FATIHAH BT WAN IBRAHIM
SAREHAH BT SABERI
SHARIPATUL JANNAH BT JUSOF
WAN NAIMAH BT WAN BAKAR
NORUHUDA BT MOHAMAD
SYAZANA BINTI SAMSURI
JAMALIA BINTI JUSOH
MOHD SOLIHIN BIN SULAIMAN



Read more...

IKRAR MURID SKLK

Kami,
Murid- murid S.K.L.K
Berikrar
Belajar dengan rajin
Berazam untuk kejayaan
Berbakti untuk Sekolah
Keluarga dan Negara.

Read more...

NILAI, PRINSIP & FALSAFAH SEKOLAH

Kami percaya bahawa setiap murid boleh dididik dan di maju. Oleh itu :

# Penggembelingan tenaga

# Keyakinan, tekad dan iltizam tinggi

# Sikap kepunyaan dan kesejawatan

# Sensitif, prihatin dan penyayang # keputusan kolektif

Read more...

MATLAMAT SEKOLAH

# Melahirkan generasi yang berbudaya ilmu progresif, berhemah tinggi, berdisiplin, bersatu berketrampilan serta bersemangat waja.

# Melahirkan warganegara yang berkualiti, bercita-cita tinggi, berbakti, mengamalkan nilai-nilai kerohanian serta memelihara kesantuan.

# Membina dan memelihara citra sekolah supaya setanding dengan sekolah-sekolah yang telah lebih mapan pencapaiannya sama ada dari segi akademik, kokurikulum dan budaya serta iklim sekolah.

# Menjadikan sekolah di antara Sekolah Rendah terbaik di dalam Negeri Sekolah.

Read more...

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami, keluarga SKLK berjanji dan berikrar dengan tekad dan iltizam yang satu, akan menumpukan sepenuh usaha dan tenaga :

1. Mendidik dan membimbing anak-anak didik kami, berasaskan kepada budaya ilmu memenuhi kehendak negara, bangsa dan agama.

2. Menentukan keluaran murid yang berkualiti, bertanggungjawab dan tahu harga diri.

3. Mengamalkan budaya bermusyawarah, sentiasa mesra dan memberi layanan yang saksama.

4. Mewujudkan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

5. Menyediakan kemudahan fizikal yang mencukupi dan memenuhi keperluan semasa.

6. Mengurus kerja dengan cekap dan berkesan.

7. Berusaha mencapai tahap akademik dan akhlak yang gemilang dan terpuji.

Read more...

LAGU SEKOLAH

BELAJAR BERAZAM BERBAKTI

Harumnya kau sekolahku
Jadi lambang kemegahan
Harapan ayah dan ibu
Kejayaan pendidikan

Belajar berazam berbakti
Itulah slogan kami
Jasa pada ibu bapa
Juga kepada negara

Guru memberi didikan
Mencurahkan pengajaran
Kami berikrar berjanji
Tunaikan apa yang dihajati

Keharuaman S.K.L.K
Kepimpinanmu bererti
Menegakkan kemajuan
Mencapai cita yang suci

Read more...

PERASMIAN SKLK

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut meriah sebaik saja tiba untuk merasmikan
 SKLK.

HARI KERAMAT DI LEMBAH KERAMAT

Pada hari Ahad, 23 September 1990, satu hari bersejarah telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat. Yang Berhormat Saudara Anwar b. Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu telah datang untuk merasmikan bangunan di sekolah ini.

Upacara perasmian itu bermula pada jam 4. 15 petang. Ia dikatakan sungguh meriah kerana ramai orang kenamaan serta ibu bapa hadir pada hari itu. Persembahan pancaragam, tarian, koir, nyanyian solo dan gimrama dari murid sekolah telah mendapat tepukan gemuruh dari para tetamu. Y.B, Saudara Anwar Ibrahim di dalam ucapannya mengucapkan syabas dan taniah pada kakitangan sekolah di atas kecermelangan sekolah ini di bidang akademik dan kokurikulum. Beliau juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 untuk pembinaan dewan dan pusat sumber sekolah.

Selepas ucapan, majlis telah menjemput beliau untuk upacara menarik tirai tanda perasmian dan diiringi dengan bacaan doa. Beliau juga diijemput melawat pameran mini pendidikan. Hari yang bersejarah ini kemudian diakhiri dengan jamuan untuk para tetamu.

Read more...

GALERI

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013