SELAMAT BERSARA TEACHER

>> Jumaat, 15 November 2013

15 NOVEMBER - Hari ini merupakan hari persekolahan terakhir murid-murid SKLK dalam tahun 2013. Ia juga merupakan hari terakhir juga buat Cikgu Siti Pauziah dalam perkhidmatannya sebagai seorang guru. Selama 32 tahun bermula dari 1981 hingga kini beliau telah mencurahkan baktinya mendidik anak-anak bangsa. Hari ini beliau telah diraikan oleh seluruh warga SK Lembah Keramat sebagai mengenangkan jasa dan bakti beliau. Beliau telah bertugas dibeberapa sekolah, antaranya SK Taman Keramat, SK Taman Keramat 2 dan terakhir sekali di SK Lembah Keramat. SK Lembah Keramat adalah tempat yang paling lama beliau mencurahkan baktinya. Beliau merupakan salah seorang guru yang mengajar bahasa inggeris dan antara yang paling lama berkhidmat di SK Lembah Keramat.Turut hadir dalam majlis ini, cikgu Hasnida dan Cikgu Rozita Rahim yang telah bersara tahun 2012 dan pertengahan tahun 2013. Kami seluruh warga SK Lembah Keramat mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Siti Pauziah. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerna mencurahkan bakti di SK Lembah Keramat. Andai ada masa terluang, sudikanlah datang ke SK Lembah Keramat ini.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013