MAJLIS PELANCARAN HARI GURU

>> Khamis, 17 Mei 2012

16 MEI - Majlis Pelancaran Hari Guru peringkat  SK Lembah Keramat berjalan dengan lancar hari  ini. Walaupun Sambutan Hari Guru disambut dengan sederhana namun ia tetap meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Majlis yang bermula seawal jam 7.40 pagi dibuka dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izzuddin kemudiannya diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri Selangor dan Guru Malaysia. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ikrar guru yang dipimpin oleh Puan Sharifah Maisurah Syed Yasin, Penolong Kanan 1 Pentadbiran. Diikuti dengan ucapan Ketua Murid disampaikan oleh Adik Mohd Izzat Sabri dan perutusan Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang dibaca oleh Encik Normayadi Othman, Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Diakhir majlis pelancaran, upacara penyampaian hadiah daripada murid kepada guru-guru telah diadakan. Sambutan Hari Guru peringkat SK Lembah Keramat akan diteruskan lagi pada 18 Mei ini nanti. SKLK mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada warga pendidik SKLK yang telah mencurah bakti mendidik anak bangsa. Terima kasih cikgu.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013