HILANGNYA TIADA BERGANTI

>> Rabu, 9 Mei 2012

8 MEI - SKLK telah kehilangan permatanya setelah Guru Besarnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada malam semalam. Beliau sebelum ini telah mengalami penyakit hati sejak beberapa bulan yang lalu. Mengikut sumber, beliau mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menjalankan pembedahan yang dijadualkan keesokkan harinya. Namun tidak sempat sampai ke destinasi, beliau kemudiannya dikejarkan ke HUKM. Sebagai penghormatan terakhir dari warga SKLK, satu majlis solat jenazah ghaib telah diadakan di Surau Al-Khausar SKLK. Solat jenazah tersebut telah diimami oleh Ustaz Mohd Izzuddin dan murid murid lelaki tahun 5 dan 6 menjadi makmumnya. Satu rombongan warga  SKLK yang terdiri dari guru guru SKLK telah pergi melawat keluarga beliau bertujuan memberikan penghormatan terahir buat guru besar dan memberikan ketenangan kepada keluarga Allahyarham. Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Sungai Kantan pada pukul 9.30 pagi. Semoga Allah taala merahmati Allahyarham dan mengurniakan kesabaran kepada ahli keluarga beliau. Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dari warga SKLK.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013