MENDIDIK SAMBIL BERHIBUR

>> Isnin, 18 Ogos 2014

15 Ogos - Satu Program julung-julung kali diadakan telah diadakan di Kem Agrotek, Sungai Semungkis, Hulu Langat 15 dan 16 Ogos yang lalu. Kem yang diberi nama Kem Didik Hibur UPSR merupakan program yang pertama diadakan dengan kerjasama Rumah Bakti Dato Harun (RBDH), Hulu Kelang. Kem ini telah disertai murid-murid dari rumah bakti (RBDH) dan murid-murid tahun 6 SK Lembah Keramat yang terpilih. Kem ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam. Tujuan kem ini adalah membantu murid belajar dengan lebih seronok. Ia merupakan salah satu program dari Projek SHAPE (Self-driven Helps Academic Performance). Projek SHAPE ini adalah salah satu projek khas yang dibangunkan untuk membentuk dan meningkatkan prestasi murid-murid berprestasi rendah (Low Achiever) kepada satu tahap yang membolehkan mereka berdikari mengekalkan prestasi akademik yang tinggi. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator dari PEPIAS (Persatuan Pelajar Islam Selangor) yang turut membantu dalam kem tersebut.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013