MESYUARAT AGONG PIBG SKLK

>> Sabtu, 18 Februari 2012


18 FEB - Seramai 100 orang ibubapa dan guru telah menghadiri Mesyuarat Agong PIBG yang berlangsung di Dewan Baiduri SK Lembah Keramat pada ini. Mesyuarat Agong ini merupakan mesyuarat yang ke- 25 diadakan di SK Lembah Keramat sejak penubuhan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Lembah Keramat. Pada tahun ini Pihak PIBG menjemput En. Azwanddin B Hamzah untuk merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SKLK. Beliau merupakan Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Dalam ucapan perasmian beliau. Beliau memberitahu kepada hadirin tentang masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ini semakin meruncing. Malah ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memperjuangkan hak kebebasan Lesbian, Gay dan Transgender (LGT). Pihak (JMM) sentiasa yang berdiri teguh untuk menentang pihak yang tidak bertanggungjawab ini dari memperjuangkan hak kebebasan (LGT) di Malaysia. Menurut beliau lagi, kebanyakkan golongan yang tidak bermoral ini merupakan anak-anak melayu Islam. Beliau menasihati ibubapa dan guru supaya banyak memainkan peranan masing-masing agar masalah sosial ini dapat diatasi. Dalam pada itu juga, beliau juga turut menyampaikan sumbangan RM 3000 kepada Pihak PIBG untuk mengatur program program dalam menangani dan memberikan matlumat kepada murid-murid dan ibubapa tentang masalah sosial ini. Mesyuarat yang bermula sejak jam 8.30 pagi lagi diserikan dengan 2 persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid SKLK iaitu Kumpulan Nasyid Ar-Rahman dan Kumpulan Nasyid Ar-Raudhah. Kumpulan nasyid ini dibimbing oleh dua orang guru iaitu Cikgu Fatimah Deraman dan Ustazah Nasmiziata.

Pihak PIBG pada tahun ini bersetuju untuk mengekalkan En. Shafar Shaharudin sebagai Yang Dipertua PIBG pada sesi 2012/ 2013 manakalah jawatan Naib Yang Dipertua PIBG pula disandang oleh En. Mohd Radif. Beliau merupakan bekas AJK PIBG pada tahun lepas. Tidak banyak perubahan pada senarai Ahli Jawatankuasa PIBG. Ahli Jawatankuasa dari kalangan guru dikekalkan, manakalah Ahli Jawatankuasa dari kalangan ibubapa ditambah seorang AJK yang baru iaitu Dato' Wan Hassan. Tahniah diucapkan kepada SK Lembah Keramat kerana dikurniakan AJK PIBG yang mantap. Mudah-mudahan pada tahun ini, Jawatankuasa PIBG pada kali ini dapat mempertingkatkan lagi kerjasama serta bersama membantu mempertingkatkan lagi prestasi murid-murid SKLK.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013