Ceramah Motivasi Pertama
>> Khamis, 19 Januari 2012
Disebalik tabir SKLK
>> Rabu, 18 Januari 2012
Tahun 2012 Lembaran Baru
>> Selasa, 17 Januari 2012
ALIRAN PERSEKOLAHAN SKLK
>> Rabu, 4 Januari 2012
7.15 Pagi : Murid terhimpun di dataran ilmu SKLK
7.25 Pagi : Alunan nasyid Asma' Alhusna
Bacaan yasin (jumaat pertama awal bulan)
Taklimat
Bacaan doa
7.35 hingga
1.25 tengahari : P & P
1.25 Tengahri : Pulang
ETIKA MURID
>> Ahad, 1 Januari 2012
1. Rajin hadir ke sekolah setiap hari dengan hati yang ikhlas.
2. Belajar bersungguh-sungguh.
3. Mentaati guru dan ibubapa/ penjaga.
4. Patuh Undang-undang dan Peraturan Sekolah.
5. Saling menghormati antara satu sama lain.
6. Hormat dan sayang kepada semua guru.
7. Menghormati orang yang lebih tua.
8. Sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan mengamalkan sikap cinta akan sekolah.
9. Sentiasa menjaga harta benda sekolah daripada sebarang unsur yang boleh merosakkan.
10. Sentiasa menjaga nama baik guru-guru, ibubapa dan juga sekolah.
11. Berusaha menaikkan serta mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.
12. Menjadikan sekolah sebagai tempat mencari ilmu pengetahuan serta ilmu sahsiah yang mulia.
13. Mematuhi dan melaksanakan segala arahan/ tugasan yang diberikan oleh guru sebagai satu amanah.
14. Selalu berdamping dengan guru dan bersikap terbuka dalam masalah yang timbul demi kebaikan dan kemajuan diri.
HARTA BENDA
- Setiap murid hendaklah mengawasi dan memelihara barang-barang kepunyaan sendiri.
- Menulis nama, kelas, nombor ibubapa/penjaga untuk disimpan di dalam beg
- Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, makmal sains, makmal komputer, bilik pusat sumber, tandas dan di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.
- Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
- Semua buku teks SPBT, buku perpustakaan dan lain-lain harta sekolah yang dipinjam oleh murid hendaklah dipulangkan sebelum meninggalkan sekolah. Sekiranya murid gagal berbuat demikian, sijil, surat akuan dan apa-apa surat sokongan tidak akan dikeluarkan sehingga segala urusan pemulangan sendiri.
- Segala perkakas yang dikeluarkan daripada bilik stor ataupun bilik darjah hendaklah dipulangkan semula selepas digunakan
- Sekolah perkakas sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada Guru Besar.
- Barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah ialah barang yang bukan merupkan peralatan pembelajaran seperti:
- Buku-buku yang mengandungi unsur kelucahan
- Komik-komik yang berunsur khayalan fiksyen.
- Alat elektronik seperti 'walkman', 'video game', pemain video, telefon bimbit dan sebagainya.
- Benda-benda tajam/ senjata.
- Kad permainan berunsurkan perjudian.
- Cecair pemadam (liquid paper)
- Majalah hiburan.
- Mesin pengira (kalkulator)
- Pengasah pensel besar
- Pensel tekan.
PERATURAN SEKOLAH - MURID
a) Perwatakan Murid
- Rambut mestilah sentiasa kemas dan bersih.
- Berfesyen secara keterlaluan adalah dilarang.
- Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
- Murid perempuan yang berambut panjang mestilah mengikat rambut dengan reben hitam atau putih sahaja.
- Murid-murid perempuan digalakkan memakai tudung berwarna putih (mini telekung), yang tepinya sudah dijahit biasa, bukan berenda-renda atau berbunga sulam.
- Murid lelaki mesti berambut pendek
- Depan : Tidak melebihi bahagian kening.
- Tepi : Tidak mencecah telinga
- Belakang : Tidak mencecah kolar baju.
- Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan bersih dipakai semasa hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan ketika membuat lawatan rasmi.
- Murid diwajibkan memakai lencana sekolah dan tanda nama ke sekolah setiap hari.
c) Pakaian Murid Lelaki
- Baju :Semua murid lelaki hendaklah memakai baju berwarna putih berleher deoan dengan dikenakan kancing butang putih dan berlengan pendek.
- Seluar : Berseluar pendek atau panjang berwarna biru tua.
- Tali Pinggang : Lebar tali pinggang tidak melebihi 3.7 sentimeter, berwarna hitam sahaja.
- Kasut sekolah : Murid hendaklan memakai kasut kanvas/ kain berwarna putih biasa tanpa sebarang jenama mahal.
- Stokin : Murid diwajibkan memakai stokin berwarna putih sahaja, melebihi 10 sentimeter selepas buku lali kaki. Stokin yang berenda, berjalur dan sewarna dengan kulit (bagi murid perempuan) adalah dilarang.
- Lencana, Tanda Nama dan Tali Leher : Semua murid diwajibkan memakai tanda nama dan tali leher (bagi murid lelaki) ke sekolah setiap hari.
Pakaian murid perempuan :
"pinafore tunec" berwarna biru tua dan baju putih berlengan pendek. Murid perempuan juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan memakai sarung berwarna biru tua. Leher baju hendaklah sentiasa dikancingkan dengan butang. Sebarang keronsang atau "broach" adalah dilarang.
Tudung Mini Telekung :
Murid perempuan digalakkan memakai tudung mini telekung berwarna putih tanpa berenda atau sulaman.
Barang kemas, Perhiasan, Alat Solek :
Murid dilarang memakai barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, cincin kecuali jam tangan.
Bagi yang bertindik, subang yang dibenarkan ialah subang kecil yang ukurannya tidak melebihi 1 sentimeter.
Murid dilarang memakai apa jua bentuk perhiasan dan mengenakan apa jua alat solek. Read more...
KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
- Pejabat Guru Besar.
- Pejabat Guru Penolong Kanan
- Pejabat Sekolah.
- Bilik Perpustakaan.
- Stor Sukan dan Peralatan Sekolah
- Tandas Guru Dan Kakitangan Sekolah.
- Bahagian Dalam Kantin Sekolah.
- Bilik Kemahiran Hidup.
- Bilik Alat Bantu Mengajar.
- Makmal Komputer A dan B.
- Bilik Tayangan.
- Bilik Muzik.
- Bilik SPBT.
- Bilik Bimbingan Dan Kaunseling.
KESELAMATAN MURID
- Keselamatan murid adalah tanggungjawab murid sendiri.
- Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/ kelab, sukan/ permainan dan di dalam bilik darjah, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup.
- Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab pihak sekolah.
TATATERTIB & KESOPANAN
- Semua murid wajib mengenali semua guru dan staf sekolah.
- Semua murid mesti menghormati guru, staf sekolah, pelawat dan sesama rakan persekolahan lain.
- Amalan dan budaya mengucapkan salam dan ucap selamat sejahtera hendaklah menjadi amalan seharian sepanjang sesi persekolahan.
- Murid mesti menunjukkan tingkah laku yang baik dan menjaga nama baik sekolah.
- Murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.