Taklimat Cuti Tahun 6

>> Jumaat, 20 Januari 2012

20 Jan- Satu taklimat ringkas telah disampaikan kepada murid tahun 6 pada pagi tadi. Talimat tersebut itu telah disampaikan oleh Puan Sharifah Maisurah Guru penolong kanan 1 SKLK. Dalam taklimat tersebut, beliau ada mengingatkan murid tahun 6 agar tidak melupakan ulangkaji pelajaran dalam cuti hari raya cina pada minggu hadapan. Beliau juga menasihati murid tahun 6 agar menjawab soalan sepuluh soalan dalam satu hari. Guru guru amat berharap agar murid murid dapat mengisi masa lapang atau cuti dengan membuat ulangkaji. Ibubapa penjaga pula diharap dapat memantau perjalanan pelajaran anak masing masing di waktu cuti sekolah.

Read more...

Ceramah Motivasi Pertama

>> Khamis, 19 Januari 2012

 19 JAN - Satu ceramah motivasi telah diadakan di SKLK pagi ini. Ceramah motivasi ini adalah ceramah yang pertama diadakan di tahun baru 2012. Ceramah motivasi yang menekan mengenai kemahiran belajar ini di sampaikan oleh guru bimbingan dan kaunseling cikgu Sharifah Maizatul Zuraida. Seramai 240 murid yang terdiri dari tahun 6 menjadi peserta untuk ceramah ini. Semoga dengan ceramah ini SKLK dapat meningkatkan kemahiran belajar seterusnya dapat meningkatkan lagi pencapaian UPSR pada tahun ini.

Read more...

Disebalik tabir SKLK

>> Rabu, 18 Januari 2012

Tanggungjawab - Inilah perlu dipikul oleh setiap guru data sekolah. Disebalik tabir SKLK, terdapat seorang guru yang terpaksa mengadap komputer riba setiap hari bagi memastikan data murid dikemaskini setiap hari. Beliau adalah guru data sekolah Cikgu Hazmee. Setiap kali ada data yang berubah setiap kali itulah beliau sibuk dihadapan komputer riba untuk mengemaskini data. Tahniah kepada SKLK kerana mempunyai guru data yang komited dengan tugas. Warga SKLK mengucapkan semoga Cikgu Hazmee tabah dalam menghadapi cabaran dalam kerjaya.

Read more...

Tahun 2012 Lembaran Baru

>> Selasa, 17 Januari 2012

17 Jan - Hari ini merupakan minggu yang ketiga persekolahan. Pelbagai program, aktiviti telah dirancangkan sejak bermula sesi 2012. Ada yang telah dijalankan, ada pula yang menunggu masa untuk dijalankan. Antara yang telah dijalankan ialah Program Maju diri yang dibawah anjuran Badan Bimbingan dan ksdaunseling. Hari bertemu waris tahun. Tahun 2012 membawa satu semangat yang berbeza dari tahun sebelumnya. Misi untuk mempertingkatkan pencapaian UPSR menjadi agenda utama setelah tahun sebelumnya SKLK hanya 19 orang daripada calon UPSR nya mendapat 5A. Warga SKLK berharap misi pada tahun ini terlaksanadengan jayanya.

Read more...

ALIRAN PERSEKOLAHAN SKLK

>> Rabu, 4 Januari 2012

7.15 Pagi : Murid terhimpun di dataran ilmu SKLK

7.25 Pagi : Alunan nasyid Asma' Alhusna
 Bacaan yasin (jumaat pertama awal bulan)
Taklimat
Bacaan doa

7.35 hingga
1.25 tengahari : P & P

1.25 Tengahri : Pulang

Read more...

ETIKA MURID

>> Ahad, 1 Januari 2012

1. Rajin hadir ke sekolah setiap hari dengan hati yang ikhlas.

2. Belajar bersungguh-sungguh.

3. Mentaati guru dan ibubapa/ penjaga.

4. Patuh Undang-undang dan Peraturan Sekolah.

5. Saling menghormati antara satu sama lain.

6. Hormat dan sayang kepada semua guru.

7. Menghormati orang yang lebih tua.

8. Sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan mengamalkan sikap cinta akan sekolah.

9. Sentiasa menjaga harta benda sekolah daripada sebarang unsur yang boleh merosakkan.

10. Sentiasa menjaga nama baik guru-guru, ibubapa dan juga sekolah.

11. Berusaha menaikkan serta mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.

12. Menjadikan sekolah sebagai tempat mencari ilmu pengetahuan serta ilmu sahsiah yang mulia.

13. Mematuhi dan melaksanakan segala arahan/ tugasan yang diberikan oleh guru sebagai satu amanah.

14. Selalu berdamping dengan guru dan bersikap terbuka dalam masalah yang timbul demi kebaikan dan kemajuan diri.

Read more...

Read more...

HARTA BENDA

1. HARTA BENDA MURID
  • Setiap murid hendaklah mengawasi dan memelihara barang-barang kepunyaan sendiri.
  • Menulis nama, kelas, nombor ibubapa/penjaga untuk disimpan di dalam beg

2. HARTA BENDA SEKOLAH
  • Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, makmal sains, makmal komputer, bilik pusat sumber, tandas dan di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.
  •  Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
  •  Semua buku teks SPBT, buku perpustakaan dan lain-lain harta sekolah yang dipinjam oleh murid hendaklah dipulangkan sebelum meninggalkan sekolah. Sekiranya murid gagal berbuat demikian, sijil, surat akuan dan apa-apa surat sokongan tidak akan dikeluarkan sehingga segala urusan pemulangan sendiri.
3. BARANG-BARANG SEKOLAH DAN PERKAKAS
  • Segala perkakas yang dikeluarkan daripada bilik stor ataupun bilik darjah hendaklah dipulangkan semula selepas digunakan
  • Sekolah perkakas sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada Guru Besar.
  •  Barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah ialah barang yang bukan merupkan peralatan pembelajaran seperti:
  1. Buku-buku yang mengandungi unsur kelucahan
  2. Komik-komik yang berunsur khayalan fiksyen.
  3. Alat elektronik seperti 'walkman', 'video game', pemain video, telefon bimbit dan sebagainya.
  4. Benda-benda tajam/ senjata.
  5. Kad permainan berunsurkan perjudian.
  6. Cecair pemadam (liquid paper)
  7. Majalah hiburan.
  8. Mesin pengira (kalkulator)
  9. Pengasah pensel besar
  10. Pensel tekan.



Read more...

PERATURAN SEKOLAH - MURID

a)  Perwatakan Murid

  1. Rambut mestilah sentiasa kemas dan bersih.
  2. Berfesyen secara keterlaluan adalah dilarang.
  3. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
  4. Murid perempuan yang berambut panjang mestilah mengikat rambut dengan reben hitam atau putih sahaja.
  5. Murid-murid perempuan digalakkan memakai tudung berwarna putih (mini telekung), yang tepinya sudah dijahit biasa, bukan berenda-renda atau berbunga sulam.
  6. Murid lelaki mesti berambut pendek
  • Depan : Tidak melebihi bahagian kening.
  • Tepi : Tidak mencecah telinga
  • Belakang : Tidak mencecah kolar baju.
b) Pakaian Seragam Sekolah
  1. Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan bersih dipakai semasa hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan ketika membuat lawatan rasmi.
  2. Murid diwajibkan memakai lencana sekolah dan tanda nama ke sekolah setiap hari.

c) Pakaian Murid Lelaki
  1. Baju :Semua murid lelaki hendaklah memakai baju berwarna putih berleher deoan dengan dikenakan kancing butang putih dan berlengan pendek.
  2.  Seluar : Berseluar pendek atau panjang berwarna biru tua.
  3. Tali Pinggang : Lebar tali pinggang tidak melebihi 3.7 sentimeter, berwarna hitam sahaja.
  4. Kasut sekolah : Murid hendaklan memakai kasut kanvas/ kain berwarna putih biasa tanpa sebarang jenama mahal.
  5. Stokin : Murid diwajibkan memakai stokin berwarna putih sahaja, melebihi 10 sentimeter selepas buku lali kaki. Stokin yang berenda, berjalur dan sewarna dengan kulit (bagi murid perempuan) adalah dilarang.
  6. Lencana, Tanda Nama dan Tali Leher : Semua murid diwajibkan memakai tanda nama dan tali leher (bagi murid lelaki) ke sekolah setiap hari.
d) Pakaian Murid Perempuan
Pakaian murid perempuan :
"pinafore tunec" berwarna biru tua dan baju putih berlengan pendek. Murid perempuan juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan memakai sarung berwarna biru tua. Leher baju hendaklah sentiasa dikancingkan dengan butang. Sebarang keronsang atau "broach" adalah dilarang.

Tudung Mini Telekung :
Murid perempuan digalakkan memakai tudung mini telekung berwarna putih tanpa berenda atau sulaman.

Barang kemas, Perhiasan, Alat Solek : 
Murid dilarang memakai barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, cincin kecuali jam tangan.
Bagi yang bertindik, subang yang dibenarkan ialah subang kecil yang ukurannya tidak melebihi 1 sentimeter.
Murid dilarang memakai apa jua bentuk perhiasan dan mengenakan apa jua alat solek.

Read more...

KAWASAN-KAWASAN LARANGAN

Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :
( kecuali dengan kebenaran)
  1. Pejabat Guru Besar.
  2. Pejabat Guru Penolong Kanan
  3. Pejabat Sekolah.
  4. Bilik Perpustakaan.
  5. Stor Sukan dan Peralatan Sekolah
  6. Tandas Guru Dan Kakitangan Sekolah.
  7. Bahagian Dalam Kantin Sekolah.
  8. Bilik Kemahiran Hidup.
  9. Bilik Alat Bantu Mengajar.
  10. Makmal Komputer A dan B.
  11. Bilik Tayangan.
  12. Bilik Muzik.
  13. Bilik SPBT.
  14. Bilik Bimbingan Dan Kaunseling.

Read more...

KESELAMATAN MURID

  1. Keselamatan murid adalah tanggungjawab murid sendiri.
  2. Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/ kelab, sukan/ permainan dan di dalam bilik darjah, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup.
  3. Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab pihak sekolah.

Read more...

TATATERTIB & KESOPANAN

  1. Semua murid wajib mengenali semua guru dan staf sekolah.
  2. Semua murid mesti menghormati guru, staf sekolah, pelawat dan sesama rakan persekolahan lain.
  3. Amalan dan budaya mengucapkan salam dan ucap selamat sejahtera hendaklah menjadi amalan seharian sepanjang sesi persekolahan.
  4. Murid mesti menunjukkan tingkah laku yang baik dan menjaga nama baik sekolah.
  5. Murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013