SELAMAT BERJUANG PERMATA SKLK

>> Isnin, 26 Ogos 2013

Cikgu Suzuraini memberikan taklimat ringkas kepada calon.
26 OGOS - Selamat berjuang diucapkan kepada calon-calon SKLK yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR keesokkan hari. Seramai 204 orang calon SKLK bakal menempuhi Peperiksaan Percubaan UPSR yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Ogos. Peperiksaan Percubaan ini merupakan Peperiksaan yang terakhir dihadapi oleh calon SKLK sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar pada 9 haribulan september hadapan. Semoga calon-calon SKLK dapat menterjemahkan ilmu yang dicurahkan selama enam tahun berada di SK Lembah Keramat dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang untuk Percubaan dan Peperiksaan yang sebenar UPSR nanti. Guru-guru SK Lembah Keramat sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik SKLK.

Read more...

MAAF ZAHIR BATIN

>> Jumaat, 2 Ogos 2013


2 OGOS - Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum murid-murid bercuti untuk berhari raya dan cuti pertengahan penggal kedua bermula. SK Lembah Keramat telah mengadakan satu majlis pemberian duit raya dan salam bermaaf-maafan antara guru-guru dan murid-murid SK Lembah Keramat. Murid tahun 3 hingga 6 telah menerima duit raya dari pihak SK Lembah Keramat. Pemberian duit raya tersebut disampaikan oleh Guru Besar SK Lembah Keramat, En. Majid Bin Madon. Disamping itu juga, murid-murid dapat mengucapkan ucapan "Selamat Hari Raya" serta memohon kemaafan kepada guru-guru mereka. SK Lembah Keramat mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SK Lembah Keramat. Buat yang beraya di kampung, berhati-hati dijalan raya.

Read more...

PEMERGIAN MU TIADA BERGANTI

>> Isnin, 22 Julai 2013

19 JULAI - Satu Majlis persaraan telah diadakan di SK Lembah Keramat pagi tadi. Majlis tersebut diadakan untuk meraikan Pn. Rozita Abdul Rahim yang bersara setelah 28 tahun mencurahkan baktinya mendidik di SK Lembah Keramat. Beliau merupakan guru bahasa melayu dan guru yang paling lama berkhidmat di SK Lembah Keramat. Beliau mula berkhidmat di SK Lembah Keramat sejak 1985 hingga sekarang. Pelbagai persembahan dipersembahkan di majlis tersebut. Antaranya Nasyid, Qasidah dan banyak lagi. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada SK Lembah Keramat. Jasa yang beliau curahkan moga Allah balas dengan ganjaran yang besar kelak. SK Lembah Keramat mengucapkan Selamat bersara kepada Cikgu Rozita Ab Rahim.

Read more...

AYUH CEMERLANG

>> Selasa, 16 Julai 2013

16 Julai - Seramai 209 orang murid tahun 6 SKLK menduduki peperiksaan percubaan hari ini. Setelah bertahun lamanya murid tahun 6 belajar, ini kali pertama mereka menghadapi peperiksan percubaan untuk UPSR peringat daerah. Peperiksaan ini menjadi benchmark penanda aras kepada murid dan guru, sejauh mana tahap kefahaman dan penguasaan murid teradap pelajaran yang dipelajari sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar. Diharap calon SKLK akan mendapat cemerlang dalam peperiksaan ini.

Read more...

JANDA BAIK BERLADAP

>> Selasa, 9 April 2013

Bombastik Loba loba
Khusyuk mendengar Ceramah
6, 7 April - Seramai 77 orang Guru-guru dan Staf SK Lembah Keramat telah berjaya mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang Darul Makmur. “Kehadiran peserta amat membanggakan. Malah kerjasama yang diberikan oleh peserta LADAP kali ini amat membanggakan pihak penganjur. Pihak penganjur memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan sepanjang LADAP kali ini” Kata Puan Noraini Md Zain, Penyelaras LADAP 2013 ketika ditemui oleh wartawan SKLK. SKLK mengucapkan terima kasih kepada En. Hasri Haron dari (AFTAS Advisory), En. Azhar Mamat (YDP PIBG SK Bukit Rahman Putra), En. Arbain Pinni (Pengetua SMK Bukit Beruntung), Ustaz Umar Mohamad (GPK HEM SMK Sungai Tua) kerana meluangkan masa menyampaikan ceramah untuk peserta LADAP SKLK pada kali ini.“Permainan Bombastik Loba-loba sangat menyeronokkan, cuma pihak penganjur perlu mengambil kira faktor umur dan kecergasan peserta” Respon dari salah seorang peserta LADAP. Terdapat juga respon dari peserta LADAP kali ini supaya di masa hadapan program LADAP sebegini dibuat 3 hari 2 malam.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013