HARI KEDUA RAMADHAN

>> Selasa, 2 Ogos 2011

2 OGOS - Satu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Izzuddin pada awal pagi di Dataran Ilmu SKLK hari. Tazkirah yang berjudul Pengertian Puasa dan rukun-rukunnya disampaikan kepada murid-murid tahun 3 hingga tahun 6. Tazkirah ini merupakan salah satu daripada program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SKLK. Ianya akan berlangsung waktu rehat murid iaitu sesi pertama 3 & 4 pada pukul 10.05 hingga 10.25 pagi manakala sesi kedua tahun 5 & 6 pada pukul 10.25 hingga 10.55 pagi. Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Izzuddin diatas tazkirah yang disampaikan. Semoga mendapat rahmat dan pahala yang besar dari Allah SWT di bulan yang penuh berkat ini.

Read more...

BUDI MU DIKENANG

>> Khamis, 14 Julai 2011


12 JULAI - Satu majlis persaraan peringkat SKLK telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Lembah Keramat hari ini. Majlis persaraan tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan persaraan Puan Mengit Kaur a/p Gurdev Singh yang bersara setelah genaplah umur beliau didalam perkhidmatan. Puan Mengit merupakan seorang Penolong Kanan Ko-Kurikulum di SKLK sejak 1 Mac 2000 lagi. Budi dan jasa beliau terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan SKLK khasnya tidak terkira. Beliau telah menabur bakti kepada negara dalam dunia pendidikan sejak 1977 lagi sehingga sekarang selama 34 tahun. Persaraan beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat SKLK dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). SKLK mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang telah mencurah bakti selama 11 tahun di SKLK. Budi mu tak terbalas, hanya tuhan yang dapat menilainya. Terima kasih Puan Mengit.

Read more...

BIRU TERUS MAJU

>> Sabtu, 2 Julai 2011

2 JULAI - "Biru Terus Maju" itulah laungan ahli pasukan rumah biru setelah mereka memenangi keseluruhan Kejohanan Olahraga dan Balapan hari ini. Satu kejohanan Olahraga dan balapan akhir telah berlangsung di SKLK hari ini. Kejohanan ini telah disertai oleh murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Tahniah diucapkan kepada ahli rumah sukan biru.  Kejohanan dimulakan selesai Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan dan berakhir pada pukul 12.15 tghri. Syabas diucapkan kepada ahlijawatankuasa Kejohanan Olahraga dan Balapan kerana berjaya mengadakan kejohanan pada kali ini. Ucapan terima kasih kepada AJK dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga dan Balapan kali ini.

Read more...

LARIAN SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN

2 JULAI - Sebagai menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia, SKLK telah mengadakan larian serentak 1 Murid 1 Sukan. Larian tersebut telah disertai oleh murid-murid, ibubapa dan guru-guru SKLK. Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azham kemudian diteruskan dengan senamrobik memanaskan badan oleh Cikgu Ezra. Larian serentak 1 Murid 1 Sukan merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ia merupakan larian yang julung-julung diadakan oleh KPM. Keistimewaan larian ini merupakan ianya disertai oleh seluruh sekolah dibawah KPM dan ia akan masukkan dalam Book of Record sebagai larian teramai dan dimulakan serentak di seluruh Malaysia. SKLK mengucapkan tahniah kepada pemenang yang telah menamatkan larian lebih awal dan pihak-pihak yang terlibat dalam larian kali ini.

Read more...

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

>> Jumaat, 20 Mei 2011

20 MEI - Peperiksaan pertengahan tahun telah bermula hari ini untuk tahun 4, 5 dan 6. Peperiksaan yang berlangsung pada pukul 7.50 pagi dimulakan dengan mata pelajaran yang pertama iaitu Kemahiran hidup. Murid-murid SKLK kelihatan bersedia dengan peralatan masing-masing untuk menghadapi peperiksaan kali ini sejak pagi tadi lagi. Peperiksaan pertengahan tahun ini bermula dari 20 Mei dan akan berakhir pada 26 Mei ini. SKLK mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada murid-murid. Semoga mendapat kecemerlangan pada peperiksaan kali ini dan membuat peningkatan dari peperiksaan yang lalu.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013