KAWASAN-KAWASAN LARANGAN

>> Ahad, 1 Januari 2012

Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :
( kecuali dengan kebenaran)
  1. Pejabat Guru Besar.
  2. Pejabat Guru Penolong Kanan
  3. Pejabat Sekolah.
  4. Bilik Perpustakaan.
  5. Stor Sukan dan Peralatan Sekolah
  6. Tandas Guru Dan Kakitangan Sekolah.
  7. Bahagian Dalam Kantin Sekolah.
  8. Bilik Kemahiran Hidup.
  9. Bilik Alat Bantu Mengajar.
  10. Makmal Komputer A dan B.
  11. Bilik Tayangan.
  12. Bilik Muzik.
  13. Bilik SPBT.
  14. Bilik Bimbingan Dan Kaunseling.

Read more...

KESELAMATAN MURID

  1. Keselamatan murid adalah tanggungjawab murid sendiri.
  2. Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/ kelab, sukan/ permainan dan di dalam bilik darjah, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup.
  3. Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab pihak sekolah.

Read more...

TATATERTIB & KESOPANAN

  1. Semua murid wajib mengenali semua guru dan staf sekolah.
  2. Semua murid mesti menghormati guru, staf sekolah, pelawat dan sesama rakan persekolahan lain.
  3. Amalan dan budaya mengucapkan salam dan ucap selamat sejahtera hendaklah menjadi amalan seharian sepanjang sesi persekolahan.
  4. Murid mesti menunjukkan tingkah laku yang baik dan menjaga nama baik sekolah.
  5. Murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.

Read more...

TAHNIAH SKLK

>> Ahad, 9 Oktober 2011

9 OKT - Tahniah buat SKLK kerana telah berjaya mengadakan Program Perkhemahan Bersepadu Badan Berunifom pada tahun ini. Seramai 116 orang murid tahun 5 SKLK yang terdiri dari Unit-unit Uniform SKLK telah menyertai perkhemahan kali ini. Program perkhemahan ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam. Program yang bermula pada hari sabtu, 8 Oktober ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKLK. Menurut En. Normayadi Othman, Penolong kanan Kokurilum SKLK, beliau amat berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa cuti hari minggu untuk sama-sama menjayakan program perkhemahan kali ini. Tidak dilupakan juga kesanggupan ibubapa penjaga melepaskan anak-anak bawah jagaan mereka untuk menyertai program ini. Beliau melahirkan kesyukuran terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa Program sehingga ada yang sanggup bersekang mata tidak tidur demi menjaga keselamatan para peserta program. Majlis perasmian program perkhemahan kali ini telah ditangguh oleh En. Shafar Sharudin, YDP SKLK. Walaupun majlis perasmian penutupan program tidak dapat dihadiri oleh Guru besar SKLK kerana masalah kesihatan. Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada guru-guru SKLK kerana menjayakan program perkhemahan pada tahun ini ketika ditemui di Hospital Selayang.

Read more...

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI RAYA MERIAH

>> Jumaat, 23 September 2011

23 SEPT - Walaupun dikatakan agak lewat sedikit mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Raya SKLK. Sambutan pada hari ini tetap juga meriah. Kekangan dari pelbagai kesibukan warga SKLK, SKLK telah berjaya mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya. Sambutan ini bermula seawal 8 pagi lagi dengan nyanyian Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah diikuti pula dengan bacaan doa pembukaan oleh Al-fadhil Ustaz Mohd Izzuddin. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid dari tahun 3 hingga 6. Tidak kurang juga persembahan deklamasi sajak oleh Cikgu Salehuddin. Antara aktiviti yang menarik dalam sambutan hari tersebut ialah kuiz mengikut aliran tahun dan juga pertandingan lambaian merdeka. Aliran tahun 4 telah menjadi juara dalam pertandingan lambaian merdeka. Sambutan berakhir dengan laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Cikgu Aspia. Murid-murid kemudiannya pulang ke kelas masing untuk menikmati pula hidangan Sambutan Hari Raya. Inilah julung-julung kali diadakan 2 perayaan dalam satu masa. SKLK mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN KEMERDEKAAN DAN HARI RAYA" kepada seluruh warga SKLK. Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Sambutan Perayaan Kemerdekaan dan Hari Raya 2011. Semoga jiwa merdeka menyerap ke dalam jiwa murid-murid SKLK dan seterusnya menjadi generasi merdeka yang akan mendokong cita-cita negara Malaysia di masa hadapan.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013