|
Graduan 2012 SK Lembah Keramat |
3 NOV - Majlis Anugerah dan Graduasi SK Lembah Keramat telah berlangsung dengan lancarnya pagi tadi. Seramai 129 orang graduan tahun 6 menerima sijil
kecemerlangan. Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dirasmikan
oleh Datuk Dr. Abdul Rahman B. Ismail, Pengerusi Gabungan Bukan Kerajaan
Daerah Gombak.Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan, antaranya
Tarian Zapin dibawah pimpinan Cikgu Nurul Jannah, Persembahan Boria
dibawah pimpinan Cikgu Jamalia Jusoh, Persembahan Nasyid dibawah pimpinan
Cikgu Fatimah Deraman dan Tarian Bollywood dibawah pimpinan Cikgu
Nasmiziata. Dalam majlis tersebut, Adik Mohd Izzat Bin Sabri telah
menerima Anugerah Tokoh Murid 2012 manakala Adik Hafiz Bin Zainuddin
menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012. Adik Syed Muhd Ariff Bin Syed
Muhd Azizi pula telah dianugerahkan Tokoh Muzaffar 2012. Majlis
Anugerah dan Graduasi SK Lembah Keramat ini merupakan satu program yang
dijalankan di peringkat sekolah yang bertujuan untuk memberi penghargaan
kepada murid-murid yang telah menunjukkan komitmen mereka dalam bidang
akademik, sahsiah dan kokurikulum. Anugerah ini dapat memberikan
inspirasi dan dorongan kepada murid untuk lebih berjaya pada masa akan
datang. SK Lembah Keramat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk
Dr. Abdul Rahman B. Ismail kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan
Majlis Anugerah dan Graduasi 2012 SKLK serta tidak dilupakan AJK
pelaksana program. Ucapan tahniah kepada penerima anugerah, semoga terus meraih kecemerlangan pada masa hadapan.
Read more...