ASYURA MADE IN SKLK

>> Ahad, 16 Oktober 2016

HULU KELANG, 15 OKT - Sebanyak 2 kawah bubur asyura dan 2 periuk bubur lambuk telah berjaya dimasak oleh warga SK Lembah Keramat hari ini. Program yang diberi nama Program Jalinan Kasih Awal Muharram diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga sekolah. Selain itu juga memberikan pendedahan kepada warga sekolah tentang cara memasak bubur asyura dan juga bubur lambuk. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini julung-julung kali diadakan di SKLK. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini terutamanya Surau Mustaqim, Pihak Kantin sekolah dan juga PIBG SK Lembah Keramat. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hijrah akan datang.

Read more...

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

>> Ahad, 9 Oktober 2016

AU5C, 8 OKT - SK Lembah Keramat telah mengadakan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Sambutan Hari Sukan Negara berlangsung serentak seluruh negara. Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah antaranya ialah pameran, jualan buku dari PTS, senamrobik dan berjalan 1000 langkah sekitar AU5. Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan kepada yang menjayakan program tersebut yang terdiri dari guru-giru, ibubapa, murid-murid dan pihak PDRM serta Sukarelawan RELA.
Pasukan Polis & RELA yang bertugas untuk Hari Sukan Negara SKLK
Senamrobik dari Wakil Kementerian Belia & Sukan 
Walkthon sekitar AU5
AJK PIBG antara yang hadir di Hari Sukan Negara SKLK

Read more...

PERMATA GOMBAK

>> Jumaat, 30 September 2016

SELAYANG, 27 SEPT - Pra Sekolah SK Lembah Keramat telah menjuarai Pertandingan nyanyian dan gerakan dalam Program Bijak Prasekolah Daerah Gombak 2016 yang diadakan di Pentas LG Selayang Mall Dewan Mawar PPD Gombak. Sebanyak 6 acara yang dipertandingkan dalam program tersebut antaranya ialah Pertandingan nyanyian dan gerakan, pertandingan syarahan, pertandingan bercerita bahasa melayu, pertandingan bercerita bahasa inggeris, pertandingan menulis ayat mudah dan pertandingan smart speller. Pra Sekolah SK Lembah Keramat telah menyertai 5 daripada 6 acara yang dipertandingkan dan mendapat tempat johan dalam acara Pertandingan nyanyian dan gerakan. Manakala tempat ketiga dalam pertandingan bercerita bahasa melayu dan saguhati dalam pertandingan syarahan, smart speller dan menulis ayat mudah. Tahniah diucapkan kepada murid-murid Pra Sekolah dan juga guru-guru Pra Sekolah SK Lembah Keramat.
Persembahan dari Pra Sekolah SK Lembah Keramat
Bersama guru-guru Pra Sekolah SK Lembah Keramat
Peserta dari bercerita Pra Sekolah Lembah Keramat



Read more...

HARI KEDUA UPSR

>> Selasa, 6 September 2016

6 SEPT - Hari ini merupakan hari kedua calon SKLK menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR. Seramai 227 orang calon SKLK yang mengambil UPSR tahun ini. Raut wajah mereka kelihatan lebih tenang berbanding semalam. Mungkin pertama kali menghadapi peperiksaan besar dalam hidup mereka. Sementara itu, pihak sekolah juga ada mengadakan solat hajat mini UPSR. Solat hajat itu diadakan pada setiap pagi di Surau Al-Kauthar ketika calon-calon UPSR mengambil tempat masing-masing di dalam Dewan peperiksaan. Didoakan kepada calon UPSR SKLK mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Read more...

PERLANTIKAN PENGAWAS 2016

>> Ahad, 27 Mac 2016

Pengawas SKLK sesi 2016
Bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas
Ketua Pengawas & Penolong Ketua Pengawas
26 FEB - Seramai 63 orang pengawas telah menerima watikah perlantikan pengawas SK Lembah Keramat pagi ini. Watikah perlantikan tersebut telah disempurnakan oleh En. Majid bin Madon, Guru Besar SKLK diiringi Puan Habiba binti Sakimin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Adik Qistina telah dilantik sebagai Ketua Pengawas sesi 2016 manakala adik Syed Muhd Arif telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas bagi sesi 2016. Majlis penyerahan watikah ini ditutup dengan bacaan ikrar pengawas yang dipimpin oleh adik Qistina.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013