MENDIDIK SAMBIL BERHIBUR

>> Isnin, 18 Ogos 2014

15 Ogos - Satu Program julung-julung kali diadakan telah diadakan di Kem Agrotek, Sungai Semungkis, Hulu Langat 15 dan 16 Ogos yang lalu. Kem yang diberi nama Kem Didik Hibur UPSR merupakan program yang pertama diadakan dengan kerjasama Rumah Bakti Dato Harun (RBDH), Hulu Kelang. Kem ini telah disertai murid-murid dari rumah bakti (RBDH) dan murid-murid tahun 6 SK Lembah Keramat yang terpilih. Kem ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam. Tujuan kem ini adalah membantu murid belajar dengan lebih seronok. Ia merupakan salah satu program dari Projek SHAPE (Self-driven Helps Academic Performance). Projek SHAPE ini adalah salah satu projek khas yang dibangunkan untuk membentuk dan meningkatkan prestasi murid-murid berprestasi rendah (Low Achiever) kepada satu tahap yang membolehkan mereka berdikari mengekalkan prestasi akademik yang tinggi. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator dari PEPIAS (Persatuan Pelajar Islam Selangor) yang turut membantu dalam kem tersebut.

Read more...

AYUH KEM ELITE

Antara peserta yang mengikuti Kem Elite 2014
15 Ogos - Seramai 50 murid tahun 6 telah menyertai Kem Elite (Extra Learning Towards Excelent). Kem Elite tersebut dianjurkan oleh PIBG SK Lembah Keramat dengan kerjasama pihak sekolah. Kem kali ini diadakan di Kem Agrotek, Sungai Semungkis, Hulu Langat. Peserta menaiki bas jam 2.30 petang hari jumaat dan pulang semula ke sekolah jam 12.30 tengahari pada hari yang berikutnya. Peserta hanya berada disana dua hari satu malam sahaja disana. Kem Elite ini berlainan dari kem-kem yang pernah dianjurkan oleh pihak sekolah kerana pengisiannya berkaitan dengan teknik menjawab soalan upsr secara berfokus. Penceramah terdiri dikalangan guru-guru tahun 6 yang berpengalaman. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG yang banyak menyumbang dalam menjayakan kem ini. Semoga peserta kem kali ini dapat meloncatkan prestasi pencapaian masing-masing.

Read more...

BULAN MERDEKA MERIAH

>> Khamis, 14 Ogos 2014

 
13 OGOS - Sambutan bulan kemerdekaan di SK Lembah Keramat semakin meriah. Hari ini,Panitia Sejarah, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan telah mengadakan pertandingan melukis banner gergasi kemerdekaan. Seluruh murid tahun 4 dan 5 SK Lembah Keramat mengambil bahagiaan dalam pertandingan tersebut. Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan SKLK.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013