MESYUARAT AGUNG PIBG BERJALAN LANCAR

>> Isnin, 24 Februari 2014

En. Shafar Mantan YDP PIBG 2013/2014 mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG kali 27
Tn. Haji Ngasri Jaafar YDP PIBG sesi 2014/2015 menyampaikan ucaptama.
22 FEB - Seramai kira-kira 150 orang yang terdiri daripada ibubapa dan penjaga telah hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG) kali 27 SK Lembah Keramat. Mesyuarat Agung PIBG ini telah diadakan di Dewan Baiduri, SK Lembah Keramat. Mesyuarat yang bermula seawal 8.30 pagi dimulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan "Soutul Mujahidin".Mesyuarat Agung pada kali ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Razak bin Harun, wakil dari Syarikat Suhati Sdn Bhd yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan loji di kawasan lembah keramat pada ketika ini. Dalam pada itu En. Shafar Sharuddin, Yang Dipertua PIBG telah menyampaikan ucapan alu-aluan bersempena dengan Mesyuarat Agung pada kali ini. Beliau melahirkan rasa bangga diatas pencapaian SK Lembah Keramat dalam UPSR dimana SK Lembah Keramat menduduki tempat kesepuluh terbaik daripada 67 sekolah rendah di seluruh Daerah Gombak. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbir dan guru-guru diatas kejayaan tersebut. Harapan beliau agar guru-guru terus meningkatkan usaha dalam melahirkan lebih ramai lagi murid-murid yang cemerlang dalam UPSR yang akan datang. Harapan beliau juga agar Ahli Jawatankuasa PIBG 2014/2015 yang bakal dilantik nanti agar menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Turut sama berucap En Majid Madon, Guru Besar SK Lembah Keramat. Beliau berbangga dengan ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk sama hadir dalam mesyuarat pada kali ini. Ucapan terima kasih diucapkan kepada AJK PIBG sesi 2013/2014 diatas sokongan yang berterusan dalam meningkatkan akademik sekolah. Pada mesyuarat kali ini, Tuan Haji Ngasri bin Jaafar telah terpilih menjadi Yang Dipertua PIBG buat sesi 2014/2015. Sebelum ini beliaumerupakan mantan YDP PIBG SMK Lembah Keramat sesi 2013/2014. Manakala Naib Yang Dipertua pula disandang oleh Dr. Mohd Dzulkhairi Mohd Rani. Tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015, pihak sekolah berharap agar AJK PIBG terlantik dapat memberikan kerjasama yang baik serta menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada AJK PIBG sesi yang lalu kerana menaburkan jasa kepada SK Lembah Keramat terutamanya En. Shafar Sharuddin mantan YDP PIBG yang telah mencurahkan jasanya serta buah fikirannya selama 5 tahun beliau dilantik sebagai YDP PIBG SK Lembah Keramat.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013