SELAMAT BERJUANG PERMATA SKLK

>> Isnin, 26 Ogos 2013

Cikgu Suzuraini memberikan taklimat ringkas kepada calon.
26 OGOS - Selamat berjuang diucapkan kepada calon-calon SKLK yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR keesokkan hari. Seramai 204 orang calon SKLK bakal menempuhi Peperiksaan Percubaan UPSR yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Ogos. Peperiksaan Percubaan ini merupakan Peperiksaan yang terakhir dihadapi oleh calon SKLK sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar pada 9 haribulan september hadapan. Semoga calon-calon SKLK dapat menterjemahkan ilmu yang dicurahkan selama enam tahun berada di SK Lembah Keramat dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang untuk Percubaan dan Peperiksaan yang sebenar UPSR nanti. Guru-guru SK Lembah Keramat sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik SKLK.

Read more...

MAAF ZAHIR BATIN

>> Jumaat, 2 Ogos 2013


2 OGOS - Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum murid-murid bercuti untuk berhari raya dan cuti pertengahan penggal kedua bermula. SK Lembah Keramat telah mengadakan satu majlis pemberian duit raya dan salam bermaaf-maafan antara guru-guru dan murid-murid SK Lembah Keramat. Murid tahun 3 hingga 6 telah menerima duit raya dari pihak SK Lembah Keramat. Pemberian duit raya tersebut disampaikan oleh Guru Besar SK Lembah Keramat, En. Majid Bin Madon. Disamping itu juga, murid-murid dapat mengucapkan ucapan "Selamat Hari Raya" serta memohon kemaafan kepada guru-guru mereka. SK Lembah Keramat mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga SK Lembah Keramat. Buat yang beraya di kampung, berhati-hati dijalan raya.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013