BERGEMA SELAWAT DI LEMBAH KERAMAT.

>> Isnin, 25 Februari 2013

Persembahan Nasyid oleh Soutul Mujahidin
8 FEB - Lembah Keramat hari ini bergema dengan selawat yang dialunkan murid-murid SK Lembah Keramat bersempena dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Majlis dimulakan dengan perarakan oleh murid tahun 3 hingga 6. Walau bagaimana pun, perarakan terpaksa ditangguh sedikit masa dan dipendek jarak disebabkan cuaca hujan yang tidak mengizinkan. Peserta perarakan diiringi dan dikawal oleh Polis Trafik dari Balai Ampang dan Pasukan RELA. Ustaz Mohd Izzuddin telah mengetuai alunan Selawat perarakan diiringi dengan pasukan kompang selawat sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Fatimah Deraman. Lokasi perhentian terakhir perarakan di Dewan Serbaguna AU5 bersebelahan dengan SK Lembah Keramat. Setelah peserta perarakan mengambil tempat masing-masing di dalam Dewan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khaled Sabri. Majlis diteruskan pula dengan pertandingan nasyid dan selawat mengikut aliran. Diikuti dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh En. Fawwas bin Syukri, Presiden Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEBIAS). Setelah itu murid-murid dihiburkan dengan 3 buah lagu nasyid yang didendangkan oleh Soutul Mujahidin. Antara lagu tersebut ialah Assalamualaikum, Law Kana Bainana dan Ya Badrotim. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis Trafik Ampang dan Pasukan RELA kerana bersama dalam menjalankan Sambutan Maulidur Rasul SK Lembah Keramat. Semoga Sambutan Maulidur Rasul tahun ini diikira sebagai amal kebajikan disisi Allah taala dan menambahkan lagi kecintaan kita terhadap baginda Rasulullah SAW.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013