MAJLIS GRADUASI LANCAR

>> Selasa, 6 November 2012

Graduan 2012 SK Lembah Keramat
3 NOV - Majlis Anugerah dan Graduasi SK Lembah Keramat telah berlangsung dengan lancarnya pagi tadi. Seramai 129 orang graduan tahun 6 menerima sijil kecemerlangan. Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu dirasmikan oleh Datuk Dr. Abdul Rahman B. Ismail, Pengerusi Gabungan Bukan Kerajaan Daerah Gombak.Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan, antaranya Tarian Zapin dibawah pimpinan Cikgu Nurul Jannah, Persembahan Boria dibawah pimpinan Cikgu Jamalia Jusoh, Persembahan Nasyid dibawah pimpinan Cikgu Fatimah Deraman dan Tarian Bollywood dibawah pimpinan Cikgu Nasmiziata. Dalam majlis tersebut, Adik Mohd Izzat Bin Sabri telah menerima Anugerah Tokoh Murid 2012 manakala Adik Hafiz Bin Zainuddin menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012. Adik Syed Muhd Ariff Bin Syed Muhd Azizi pula telah dianugerahkan Tokoh Muzaffar 2012. Majlis Anugerah dan Graduasi SK Lembah Keramat ini merupakan satu program yang dijalankan di peringkat sekolah yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan komitmen mereka dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Anugerah ini dapat memberikan inspirasi dan dorongan kepada murid untuk lebih berjaya pada masa akan datang. SK Lembah Keramat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Dr. Abdul Rahman B. Ismail kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Anugerah dan Graduasi 2012 SKLK serta tidak dilupakan AJK pelaksana program. Ucapan tahniah kepada penerima anugerah, semoga terus meraih kecemerlangan pada masa hadapan.

Read more...

ARABIAN NIGHT MENGUKIR KENANGAN

>> Selasa, 23 Oktober 2012

Antara Calon Putera-putera Arab.
19 OKT - Satu majlis nostalgia tahun 6 telah berlangsung di Dewan Baiduri, SK Lembah Keramat malam semalam. Majlis nostalgia yang bertemakan arab itu diberi nama “Arabian Night” telah disertai seramai 168 orang peserta yang terdiri dari murid-murid tahun 6 SK Lembah Keramat.
“Saya amat berpuas hati dengan majlis kali ini kerana berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang hebat dari murid-murid tahun 6,” Kata Puan Khalijah selaku Penyelaras tahun 6.
“Harapan saya pada tahun akan datang majlis nostalgia ini mendapat penyertaan yang lebih banyak lagi dengan tema yang lebih menarik”, katanya. Beliau amat terharu dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dalam menjayakan majlis ini.
Pelbagai persembahan telah dipersembahkan kepada hadirin antaranya karaoke, Choral speaking, Tarian arab, Tarian boria, Sketsa Madu 3, Persembahan Koir, Pentomen, Nasyid dan Dikir barat yang dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Dalam pada itu, adik Zuhair dan Hanisya Shafira telah terpilih sebagai pemenang kostum terbaik. Majlis yang bermula awal 8 malam berakhir jam 11.30 malam. SKLK mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa pelaksana dan syabas kerana telah menjayakan program ini dengan jayanya.

Read more...

SEHARI DI MELAKA

>> Ahad, 21 Oktober 2012


Peserta Lawatan Beratur Untuk Masuk WonderLand, Melaka.

Kelihatan Peserta Melintas Jambatan Muzium Samudera, Melaka.
20 OKT - Seramai 119 orang murid SK Lembah Keramat telah menyertai satu lawatan ke Melaka anjuran Unit Kokurikulum SK Lembah Keramat yang dipimpin oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Normayadi Othman. Ia merupakan lawatan yang pertama dianjurkan sejak beliau mengambil alih sebagai guru penolong kanan kokurikulum SK Lembah Keramat setelah guru penolong kanan terdahulu Puan Mengit Kaur Singh bersara. Antara tempat yang telah dilawati ialah Taman Buaya, Muzium Samudera dan Taman Tema Air “Wonderland”, Melaka. Menurut Encik Normayadi Othman, beliau amat berbangga dengan penyertaan murid-murid SK Lembah Keramat yang memberangsangkan serta kerjasama yang diberikan oleh ibubapa membenarkan anak-anak jagaan mereka menyertai program lawatan ini. Beliau bersyukur kerana sepanjang program lawatan ini tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Harapan beliau agar program lawatan sebegini dapat diadakan lagi. Peserta lawatan ke Melaka selamat tiba di sekolah pada jam 9.30 malam.

Read more...

PEPERIKSAAN AKHIR

>> Isnin, 15 Oktober 2012

15 OKT - Setelah hampir setahun dicurahkan ilmu oleh guru. Hari ini merupakan hari pengujian murid-murid terhadap ilmu yang dipelajari sepanjang tahun 2012 dan merupakan hari yang pertama murid murid SKLK menduduki peperiksaan akhir tahun 2012. Peperiksaan ini akan berlangsung lima hari bermula 15 oktober hari isnin sehingga hari khamis iaitu 19 oktober ini. Manakala buat murid murid tahun 6, peperiksaan ini merupakan peperiksaan yang terakhir buat mereka di SKLK memandangkan mereka bakal melangkah ke sekolah menengah pada awal tahun hadapan. Dalam pada itu, SKLK mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir tahun buat semua murid murid SKLK. Buatlah yang terbaik dan berusahalah demi kejayaan masing masing.

Read more...

CINTA

10 OKT - Seramai 200 orang murid tahun 6 SK Lembah Keramat telah menyertai satu ceramah yang berlangsung di Dewan Baiduri SK Lembah Keramat pagi tadi. Ceramah yang bertajuk "Menyingkap Tabir Cinta Zulaikha Dan Yusuf A.S" itu telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Majalah Ana Muslim. Iaitu Ustaz Zdul Hilman. Ceramah ini merupakan salah satu program lepas UPSR. Dalam ceramah tersebut Ustaz Zdul Hilman mengingatkan murid-murid tentang kesan cinta antara remaja dan perkara yang sepatutnya dilakukan diawal remaja. Semoga perkara dan ilmu yang disampaikan menjadi panduan buat lepasan SKLK dalam menghadapi alam remaja mereka.

Read more...

Ke Mana Anda Lepasan UPSR

>> Khamis, 4 Oktober 2012

3 OKT - Satu ceramah anjuran Badan Kaunseling telah berlangsung pagi semalam untuk murid-murid tahun 6 di Dewan Baiduri SK Lembah Keramat. Ceramah yang bertajuk "Ke Mana Selepas UPSR Dan Kerjaya Anda" telah disampaikan oleh Encik Khairul Lotfi dari Creative Intergration Resource (CIR). Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid kerjaya yang diminati dan sesuai berdasarkan personaliti murid tersebut. Pengukuran kerjaya ditentukan dengan ujian kerjaya yang digunakan di Holand. Murid-murid perlu menjawab satu kertas ujian dan keputusan kerjaya tersebut akan dapat ditentukan dari keputusan ujian tersebut. SK Lembah Keramat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam program ceramah ini.

Read more...

CERAMAH AWAL REMAJA

2 Oktober - Seramai 210 orang murid tahun 6 menyertai ceramah di Dewan Baiduri Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat pagi tadi (semalam). Ceramah yang diberi nama "Ceramah Awal Remaja" merupakan salah satu ceramah lepas UPSR yang dianjurkan oleh Badan Kaunseling SK Lembah Keramat. Program ceramah awal remaja ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah yang dijemput khas dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Cik Azni dan Cik Azlin. Tujuan ceramah tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tahunan 6 yang bakal melalui zaman remaja mereka matlumat yang betul tentang sistem inproduksi manusia. Disamping itu memberikan kesedaran kepada murid-murid terhadap kesan gejala sosial remaja sekarang seperti kes buang bayi dan sebagainya. SK Lembah Keramat mengucapkan terima kasih kepada LPPKN kerana sudi memberikan ceramah kepada murid-murid SKLK.

Read more...

PERCUBAAN UPSR

>> Selasa, 24 Julai 2012

24 JULAI - Hari ini merupakan hari pertama Ujian Percubaan UPSR bagi calon-calon yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. SK Lembah Keramat juga tidak dikecuali, seramai 217 orang calon menduduki peperiksaan percubaan UPSR pagi ini. Sebelum calon SKLK memasuki dewan, satu bacaan yasin dan doa selamat telah diadakan. Bacaan yasin dan doa tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Izzuddin. Tidak ketinggalan juga guru guru tahun 6 turut sama menyertai bacaan yasin dan doa selamat tersebut. SKLK mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR kepada calon UPSR tahun ini. Buatlah yang terbaik untuk masa hadapan masing masing. Diharapkan SKLK  dapat meningkatkan prestasi pencapaian pada tahun ini daripada pencapaian tahun lepas.

Read more...

JASAMU DIKENANG

>> Jumaat, 13 Julai 2012

13 JULAI - Jasamu tetap dikenang itulah ucapan yang diucapkan kepada Teacher Hasnida Bt Hassan yang telah bersara pada hari ini. Satu Majlis Persaraan telah diadakan di SK Lembah Keramat pada pagi ini khas buat Teacher Hasnida. Meniti perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang guru. Beliau merupakan guru yang paling senior di SK Lembah Keramat kerana telah berkhidmat di sini selama 25 tahun sejak tahun 1987 hinggalah sekarang. SK Lembah Keramat merupakan sekolah yang kedua beliau mencurahkan baktinya sebagai seorang guru. Sekolah pertama beliau melangkah sebagai seorang pendidik ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Pudu 1, Kuala Lumpur. SKLK mengucapkan "Salam Persaraan" buat Teacher Hasnida. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Teacher Hasnida diatas jasa dan bakti beliau selama 25 tahun bersama SKLK. Jasa Teacher Hasnida hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

Read more...

MERAH MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN

>> Isnin, 9 Julai 2012

8 JULAI - Rumah Merah sekali lagi mempertahankan Kejuaraan dalam Kejohanan Sukan SKLK pada tahun ini. Kojahanan Sukan SKLK yang bermula seawal 7.30 pagi telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Gombak En. Zul Hilmi Abd Hamid Bahagian Unit Data Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Antara acara yang menarik ialah perbarisan kontijen rumah sukan. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan pada tahun ini daripada tahun sebelumnya. Pada tahun ini, setiap rumah sukan mempunyai maskot masing-masing dan perlu menghias rumah masing-masing serta membuat perbarisan yang menarik sebelum acara dimulakan. Dalam pertandingan perbarisan tersebut rumah merah telah meraih kemenangan. Keputusan Hari Sukan sekolah ialah tempat pertama dimenangi oleh rumah Merah. Diikuti pula tempat kedua rumah Hijau. Tempat ketiga dan keempat, rumah biru dan rumah kuning. Tahniah diucapkan juga kepada peserta-peserta Kejohanan serta rumah-rumah yang telah memenangi acara. Buat yang tidak bernasib baik teruskan usaha untuk meraihkan kemenangan pada masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada warga SKLK yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Sukan SKLK pada tahun ini. Semoga dengan adanya program sebegini dapat mencungkil lagi bakat yang ada pada murid serta dapat mengeratkan silaturahim antara ibubapa penjaga dengan guru.  Pelawat boleh melihat foto hari sukan SKLK di Facebook Ko-Kurikulum SKLK.

Read more...

HARI BERTEMU PELANGGAN

>> Selasa, 26 Jun 2012

20 JUN - Satu Program Hari bertemu ibubapa penjaga telah diadakan di SKLK pada hari ini. Program yang bermula seawal 8.00 pagi tersebut telah dihadiri oleh 1,106 orang yang terdiri daripada kalangan ibubapa penjaga murid-murid SKLK. Ada diantara mereka yang datang pada awal kira kira jam 7.20 pagi untuk berjumpa dengan guru kelas anak mereka. Dalam program hari ini, ibubapa penjaga berpeluang untuk berbincang dengan guru mengenai prestasi akademik dan tingkah laku anak sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tidak kurang juga kehadiran ibubapa penjaga disebelah pra sekolah SKLK iaitu 36 orang. Pada sesi petang pula, kaunter untuk ibubapa penjaga murid murid tahun 1 dan 2 dibuka pada jam 1.10 tengahari. Seramai 338 orang ibubapa penjaga telah hadir untuk mengambil laporan belajar anak masing -masing. Dalam pada itu, satu taklimat ibubapa telah diadakan berasingan di Dewan Baiduri, SKLK. Dalam taklimat tersebut ibubapa telah didedahkan mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program hari bertemu berakhir jam 5.00 petang. SKLK mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa penjaga yang sudi datang ke SKLK pada hari tersebut. Semoga pada hari bertemu ibubapa penjaga yang akan datang mendapat sambutan lebih hebat lagi dengan kehadiran ibubapa yang lebih ramai.

Read more...

MAJLIS PELANCARAN HARI GURU

>> Khamis, 17 Mei 2012

16 MEI - Majlis Pelancaran Hari Guru peringkat  SK Lembah Keramat berjalan dengan lancar hari  ini. Walaupun Sambutan Hari Guru disambut dengan sederhana namun ia tetap meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Majlis yang bermula seawal jam 7.40 pagi dibuka dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izzuddin kemudiannya diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri Selangor dan Guru Malaysia. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ikrar guru yang dipimpin oleh Puan Sharifah Maisurah Syed Yasin, Penolong Kanan 1 Pentadbiran. Diikuti dengan ucapan Ketua Murid disampaikan oleh Adik Mohd Izzat Sabri dan perutusan Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang dibaca oleh Encik Normayadi Othman, Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Diakhir majlis pelancaran, upacara penyampaian hadiah daripada murid kepada guru-guru telah diadakan. Sambutan Hari Guru peringkat SK Lembah Keramat akan diteruskan lagi pada 18 Mei ini nanti. SKLK mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada warga pendidik SKLK yang telah mencurah bakti mendidik anak bangsa. Terima kasih cikgu.

Read more...

MAJLIS TAHLIL BERJALAN LANCAR

>> Selasa, 15 Mei 2012

14 MEI - Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin telah berjaya diadakan di Surau Al-Kauthar, SK Lembah Keramat malam tadi. Majlis anjuran PIBG SK Lembah Keramat tersebut telah dihadiri seramai 20 orang yang terdiri dikalangan Ahli Jawatankuasa PIBG dan guru lelaki. Majlis tersebut diadakan bertujuan memanjat keampunan dan keredhaan Allah kepada Allahyarham Guru Besar SK Lembah Keramat, Md Rasani Bin Hamazah yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mei 2012.Yang Dipertua PIBG, Encik Shafar Sharuddin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sudi datang pada majlis tersebut. Menurut beliau majlis tahlil seperti ini akan diteruskan lagi pada 18 Mei 2012. Diharap guru-guru dan ibubapa yang ada kelapangan dapat meluangkan masa menghadiri ke majlis tahlil itu nanti.

Read more...

JEMPUTAN MAJLIS TAHLIL

>> Ahad, 13 Mei 2012

Kepada :

Warga SKLK/ AJK PIBG,

JEMPUTAN KE MAJLIS TAHLIL & BACAAN YASIN

Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin untuk Allahyarham Guru Besar SK Lembah Keramat, Mohd Rasani Bin Hamazah

2. Majlis tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 Mei 2012
Hari : Isnin
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Surau Al-Kauthar, SK Lembah Keramat

Semoga pihak tuan/puan dapat menghadiri majlis tahlil tersebut.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
YDP PIBG SKLK 2012

Read more...

HILANGNYA TIADA BERGANTI

>> Rabu, 9 Mei 2012

8 MEI - SKLK telah kehilangan permatanya setelah Guru Besarnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada malam semalam. Beliau sebelum ini telah mengalami penyakit hati sejak beberapa bulan yang lalu. Mengikut sumber, beliau mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menjalankan pembedahan yang dijadualkan keesokkan harinya. Namun tidak sempat sampai ke destinasi, beliau kemudiannya dikejarkan ke HUKM. Sebagai penghormatan terakhir dari warga SKLK, satu majlis solat jenazah ghaib telah diadakan di Surau Al-Khausar SKLK. Solat jenazah tersebut telah diimami oleh Ustaz Mohd Izzuddin dan murid murid lelaki tahun 5 dan 6 menjadi makmumnya. Satu rombongan warga  SKLK yang terdiri dari guru guru SKLK telah pergi melawat keluarga beliau bertujuan memberikan penghormatan terahir buat guru besar dan memberikan ketenangan kepada keluarga Allahyarham. Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Sungai Kantan pada pukul 9.30 pagi. Semoga Allah taala merahmati Allahyarham dan mengurniakan kesabaran kepada ahli keluarga beliau. Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dari warga SKLK.

Read more...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

>> Sabtu, 21 April 2012

21 APRIL - Satu kursus kepimpinan pengawas telah berlangsung di SKLK hari ini. Kursus ini dianjurkan Badan Pengawas SKLK 2012. Objektif kursus ini adalah ingin melahirkan pemimpin serta memberikan tugasan sebenar pengawas sewaktu persekolahan. Pelbagai pengisian dalam kursus ini telah diberikan kepada peserta kursus. Antaranya cara mengikat dan menaikan bendera, bacaan doa harian yang betul dan lain lain lagi. Kursus yang bermula sejak 8.00 pagi lagi berakhir dengan ucapan penutupan oleh Guru Disiplin Puan Norazah. Beliau berharap dengan berakhirnya kursus kepimpinan pengawas ini. Pengawas SKLK akan lebih mantap dari segi kepimpinan, pengawasan dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas sekolah. Harapan beliau agar Badan Pengawas SKLK menjadi sebuah badan yang aktif dalam membantu tugas tugas guru dalam pengawasan murid murid.

Read more...

MESYUARAT AGONG PIBG SKLK

>> Sabtu, 18 Februari 2012


18 FEB - Seramai 100 orang ibubapa dan guru telah menghadiri Mesyuarat Agong PIBG yang berlangsung di Dewan Baiduri SK Lembah Keramat pada ini. Mesyuarat Agong ini merupakan mesyuarat yang ke- 25 diadakan di SK Lembah Keramat sejak penubuhan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Lembah Keramat. Pada tahun ini Pihak PIBG menjemput En. Azwanddin B Hamzah untuk merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SKLK. Beliau merupakan Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Dalam ucapan perasmian beliau. Beliau memberitahu kepada hadirin tentang masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ini semakin meruncing. Malah ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk memperjuangkan hak kebebasan Lesbian, Gay dan Transgender (LGT). Pihak (JMM) sentiasa yang berdiri teguh untuk menentang pihak yang tidak bertanggungjawab ini dari memperjuangkan hak kebebasan (LGT) di Malaysia. Menurut beliau lagi, kebanyakkan golongan yang tidak bermoral ini merupakan anak-anak melayu Islam. Beliau menasihati ibubapa dan guru supaya banyak memainkan peranan masing-masing agar masalah sosial ini dapat diatasi. Dalam pada itu juga, beliau juga turut menyampaikan sumbangan RM 3000 kepada Pihak PIBG untuk mengatur program program dalam menangani dan memberikan matlumat kepada murid-murid dan ibubapa tentang masalah sosial ini. Mesyuarat yang bermula sejak jam 8.30 pagi lagi diserikan dengan 2 persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid SKLK iaitu Kumpulan Nasyid Ar-Rahman dan Kumpulan Nasyid Ar-Raudhah. Kumpulan nasyid ini dibimbing oleh dua orang guru iaitu Cikgu Fatimah Deraman dan Ustazah Nasmiziata.

Pihak PIBG pada tahun ini bersetuju untuk mengekalkan En. Shafar Shaharudin sebagai Yang Dipertua PIBG pada sesi 2012/ 2013 manakalah jawatan Naib Yang Dipertua PIBG pula disandang oleh En. Mohd Radif. Beliau merupakan bekas AJK PIBG pada tahun lepas. Tidak banyak perubahan pada senarai Ahli Jawatankuasa PIBG. Ahli Jawatankuasa dari kalangan guru dikekalkan, manakalah Ahli Jawatankuasa dari kalangan ibubapa ditambah seorang AJK yang baru iaitu Dato' Wan Hassan. Tahniah diucapkan kepada SK Lembah Keramat kerana dikurniakan AJK PIBG yang mantap. Mudah-mudahan pada tahun ini, Jawatankuasa PIBG pada kali ini dapat mempertingkatkan lagi kerjasama serta bersama membantu mempertingkatkan lagi prestasi murid-murid SKLK.

Read more...

KEM BESTARI SOLAT PERTAMA 2012

>> Isnin, 13 Februari 2012


11 FEB - Satu Kem Bestari Solat telah diadakan di SKLK hari ini. Kem Bestari Solat (KBS) ini merupakan kem yang pertama buat tahun 2012 untuk tahun 6 SKLK. Pengisian KBS untuk tahun 6 ini adalah Pengurusan Jenazah. KBS yang bermula seawal jam 7.35 pagi ini dimulakan dengan alunan Asma'ul Husna dan diikuti dengan kuliah pengurusan jenazah oleh Ustaz Mohd Izzuddin. Kemudian peserta-peserta KBS diarah untuk mengerjakan solat jenazah secara berjemaah. SKLK mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK pelaksana KBS tahun 6. Semoga Allah membalas jasa tuan-tuan dengan ganjaran yang besar disisi-Nya.

Read more...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012/1433H MERIAH

>> Jumaat, 10 Februari 2012


10 FEB - Sambutan maulidur rasul tahun ini di sambut dengan meriah oleh warga SKLK. Tahu n ini satu kelainan dibuat oleh ahli jawatankuasa sambutan maulidur rasul.Dimana surau mustaqim telah menjadi tuan rumah untuk sambuta maulidur rasul peringkat SKLK. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan oleh aliran tahun 3 hingga 6. Perarakan maulidur yang bermula dari SKLK jam 8 pagi telah diketuai oleh Ustaz Mohd Izzuddin. Perarakan ini bermula dari SKLK dan berakhir di surau mustaqim. Perarakan ini mengambil masa 45 minit untuk sampai ke destinasi akhir iaitu surau mustaqim. Kemudian murid murid dipersembahkan satu persembahan nasyid oleh pelajar dari tahfiz alquran wal hadith. Kemudian murid murid SKLK disampaikan ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Yunus Kamaruddin mudir Maahad Tahfiz Alkhalidi di Ulum Yam. Sambutan maulidur rasul tahun ini berakhir jam 11.30 pagi. Murid murid SKLK balik semula ke SKLK untuk pembelajaran seperti biasa. Sambutan maulidur rasul untuk sesi petang juga tidak kurang hebatnya. Dimana ceramah maulidur rasul disampaikan oleh Ustaz Mohd Azham. Diikuti pula pertandingan mewarna, nasyid dan menjawikan. SKLK mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh guru SKLK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan sambutan maulidur rasul pada tahun ini. Mudah mudahan dengan usaha dan kerja yang dihulurkan dicatat sebagai amal soleh.

Read more...

GALERI 2012

>> Khamis, 2 Februari 2012

MESYUARAT AGONG PIBG KE-25

PERTANDINGAN TAKRAW DAERAH GOMBAK

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6

MAULIDUR RASUL DI SURAU MUSTAQIM

BERSAMA NESTLE

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6

Read more...

MESYUARAT AGONG SUKAN PERMAINAN 2012

>> Rabu, 1 Februari 2012

1FEB - Hari ini merupakan hari Mesyuarat Agong bagi sukan permainan SKLK. Ia juga merupakan hari pertama buat sukan permainan dijalankan. Pada minggu minggu yang lalu setiap hari rabu diadakan badan uniform, diikuti dengan kelab persatuan.Minggu ini giliran sukan permainan pula diadakan mengantikan satu murid satu sukan. Walau bagaimana pun perjalanan mesyuarat agong pada kali ini berjalan dengan lancar bermula dengan alunan nasyid asma' ulhusna. Kemudian murid dibahagikan kepada sukan permainan masing masing. SKLK mengucapkan syabas kepada guru guru yang terlibat dalam mesyuarat agong sukan permainan masing masing. Majulah sukan untuk SKLK.

Read more...

Taklimat Cuti Tahun 6

>> Jumaat, 20 Januari 2012

20 Jan- Satu taklimat ringkas telah disampaikan kepada murid tahun 6 pada pagi tadi. Talimat tersebut itu telah disampaikan oleh Puan Sharifah Maisurah Guru penolong kanan 1 SKLK. Dalam taklimat tersebut, beliau ada mengingatkan murid tahun 6 agar tidak melupakan ulangkaji pelajaran dalam cuti hari raya cina pada minggu hadapan. Beliau juga menasihati murid tahun 6 agar menjawab soalan sepuluh soalan dalam satu hari. Guru guru amat berharap agar murid murid dapat mengisi masa lapang atau cuti dengan membuat ulangkaji. Ibubapa penjaga pula diharap dapat memantau perjalanan pelajaran anak masing masing di waktu cuti sekolah.

Read more...

Ceramah Motivasi Pertama

>> Khamis, 19 Januari 2012

 19 JAN - Satu ceramah motivasi telah diadakan di SKLK pagi ini. Ceramah motivasi ini adalah ceramah yang pertama diadakan di tahun baru 2012. Ceramah motivasi yang menekan mengenai kemahiran belajar ini di sampaikan oleh guru bimbingan dan kaunseling cikgu Sharifah Maizatul Zuraida. Seramai 240 murid yang terdiri dari tahun 6 menjadi peserta untuk ceramah ini. Semoga dengan ceramah ini SKLK dapat meningkatkan kemahiran belajar seterusnya dapat meningkatkan lagi pencapaian UPSR pada tahun ini.

Read more...

Disebalik tabir SKLK

>> Rabu, 18 Januari 2012

Tanggungjawab - Inilah perlu dipikul oleh setiap guru data sekolah. Disebalik tabir SKLK, terdapat seorang guru yang terpaksa mengadap komputer riba setiap hari bagi memastikan data murid dikemaskini setiap hari. Beliau adalah guru data sekolah Cikgu Hazmee. Setiap kali ada data yang berubah setiap kali itulah beliau sibuk dihadapan komputer riba untuk mengemaskini data. Tahniah kepada SKLK kerana mempunyai guru data yang komited dengan tugas. Warga SKLK mengucapkan semoga Cikgu Hazmee tabah dalam menghadapi cabaran dalam kerjaya.

Read more...

Tahun 2012 Lembaran Baru

>> Selasa, 17 Januari 2012

17 Jan - Hari ini merupakan minggu yang ketiga persekolahan. Pelbagai program, aktiviti telah dirancangkan sejak bermula sesi 2012. Ada yang telah dijalankan, ada pula yang menunggu masa untuk dijalankan. Antara yang telah dijalankan ialah Program Maju diri yang dibawah anjuran Badan Bimbingan dan ksdaunseling. Hari bertemu waris tahun. Tahun 2012 membawa satu semangat yang berbeza dari tahun sebelumnya. Misi untuk mempertingkatkan pencapaian UPSR menjadi agenda utama setelah tahun sebelumnya SKLK hanya 19 orang daripada calon UPSR nya mendapat 5A. Warga SKLK berharap misi pada tahun ini terlaksanadengan jayanya.

Read more...

ALIRAN PERSEKOLAHAN SKLK

>> Rabu, 4 Januari 2012

7.15 Pagi : Murid terhimpun di dataran ilmu SKLK

7.25 Pagi : Alunan nasyid Asma' Alhusna
 Bacaan yasin (jumaat pertama awal bulan)
Taklimat
Bacaan doa

7.35 hingga
1.25 tengahari : P & P

1.25 Tengahri : Pulang

Read more...

ETIKA MURID

>> Ahad, 1 Januari 2012

1. Rajin hadir ke sekolah setiap hari dengan hati yang ikhlas.

2. Belajar bersungguh-sungguh.

3. Mentaati guru dan ibubapa/ penjaga.

4. Patuh Undang-undang dan Peraturan Sekolah.

5. Saling menghormati antara satu sama lain.

6. Hormat dan sayang kepada semua guru.

7. Menghormati orang yang lebih tua.

8. Sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan mengamalkan sikap cinta akan sekolah.

9. Sentiasa menjaga harta benda sekolah daripada sebarang unsur yang boleh merosakkan.

10. Sentiasa menjaga nama baik guru-guru, ibubapa dan juga sekolah.

11. Berusaha menaikkan serta mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.

12. Menjadikan sekolah sebagai tempat mencari ilmu pengetahuan serta ilmu sahsiah yang mulia.

13. Mematuhi dan melaksanakan segala arahan/ tugasan yang diberikan oleh guru sebagai satu amanah.

14. Selalu berdamping dengan guru dan bersikap terbuka dalam masalah yang timbul demi kebaikan dan kemajuan diri.

Read more...

Read more...

HARTA BENDA

1. HARTA BENDA MURID
  • Setiap murid hendaklah mengawasi dan memelihara barang-barang kepunyaan sendiri.
  • Menulis nama, kelas, nombor ibubapa/penjaga untuk disimpan di dalam beg

2. HARTA BENDA SEKOLAH
  • Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, makmal sains, makmal komputer, bilik pusat sumber, tandas dan di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.
  •  Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
  •  Semua buku teks SPBT, buku perpustakaan dan lain-lain harta sekolah yang dipinjam oleh murid hendaklah dipulangkan sebelum meninggalkan sekolah. Sekiranya murid gagal berbuat demikian, sijil, surat akuan dan apa-apa surat sokongan tidak akan dikeluarkan sehingga segala urusan pemulangan sendiri.
3. BARANG-BARANG SEKOLAH DAN PERKAKAS
  • Segala perkakas yang dikeluarkan daripada bilik stor ataupun bilik darjah hendaklah dipulangkan semula selepas digunakan
  • Sekolah perkakas sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada Guru Besar.
  •  Barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah ialah barang yang bukan merupkan peralatan pembelajaran seperti:
  1. Buku-buku yang mengandungi unsur kelucahan
  2. Komik-komik yang berunsur khayalan fiksyen.
  3. Alat elektronik seperti 'walkman', 'video game', pemain video, telefon bimbit dan sebagainya.
  4. Benda-benda tajam/ senjata.
  5. Kad permainan berunsurkan perjudian.
  6. Cecair pemadam (liquid paper)
  7. Majalah hiburan.
  8. Mesin pengira (kalkulator)
  9. Pengasah pensel besar
  10. Pensel tekan.



Read more...

PERATURAN SEKOLAH - MURID

a)  Perwatakan Murid

  1. Rambut mestilah sentiasa kemas dan bersih.
  2. Berfesyen secara keterlaluan adalah dilarang.
  3. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
  4. Murid perempuan yang berambut panjang mestilah mengikat rambut dengan reben hitam atau putih sahaja.
  5. Murid-murid perempuan digalakkan memakai tudung berwarna putih (mini telekung), yang tepinya sudah dijahit biasa, bukan berenda-renda atau berbunga sulam.
  6. Murid lelaki mesti berambut pendek
  • Depan : Tidak melebihi bahagian kening.
  • Tepi : Tidak mencecah telinga
  • Belakang : Tidak mencecah kolar baju.
b) Pakaian Seragam Sekolah
  1. Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan bersih dipakai semasa hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan ketika membuat lawatan rasmi.
  2. Murid diwajibkan memakai lencana sekolah dan tanda nama ke sekolah setiap hari.

c) Pakaian Murid Lelaki
  1. Baju :Semua murid lelaki hendaklah memakai baju berwarna putih berleher deoan dengan dikenakan kancing butang putih dan berlengan pendek.
  2.  Seluar : Berseluar pendek atau panjang berwarna biru tua.
  3. Tali Pinggang : Lebar tali pinggang tidak melebihi 3.7 sentimeter, berwarna hitam sahaja.
  4. Kasut sekolah : Murid hendaklan memakai kasut kanvas/ kain berwarna putih biasa tanpa sebarang jenama mahal.
  5. Stokin : Murid diwajibkan memakai stokin berwarna putih sahaja, melebihi 10 sentimeter selepas buku lali kaki. Stokin yang berenda, berjalur dan sewarna dengan kulit (bagi murid perempuan) adalah dilarang.
  6. Lencana, Tanda Nama dan Tali Leher : Semua murid diwajibkan memakai tanda nama dan tali leher (bagi murid lelaki) ke sekolah setiap hari.
d) Pakaian Murid Perempuan
Pakaian murid perempuan :
"pinafore tunec" berwarna biru tua dan baju putih berlengan pendek. Murid perempuan juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan memakai sarung berwarna biru tua. Leher baju hendaklah sentiasa dikancingkan dengan butang. Sebarang keronsang atau "broach" adalah dilarang.

Tudung Mini Telekung :
Murid perempuan digalakkan memakai tudung mini telekung berwarna putih tanpa berenda atau sulaman.

Barang kemas, Perhiasan, Alat Solek : 
Murid dilarang memakai barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, cincin kecuali jam tangan.
Bagi yang bertindik, subang yang dibenarkan ialah subang kecil yang ukurannya tidak melebihi 1 sentimeter.
Murid dilarang memakai apa jua bentuk perhiasan dan mengenakan apa jua alat solek.

Read more...

KAWASAN-KAWASAN LARANGAN

Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :
( kecuali dengan kebenaran)
  1. Pejabat Guru Besar.
  2. Pejabat Guru Penolong Kanan
  3. Pejabat Sekolah.
  4. Bilik Perpustakaan.
  5. Stor Sukan dan Peralatan Sekolah
  6. Tandas Guru Dan Kakitangan Sekolah.
  7. Bahagian Dalam Kantin Sekolah.
  8. Bilik Kemahiran Hidup.
  9. Bilik Alat Bantu Mengajar.
  10. Makmal Komputer A dan B.
  11. Bilik Tayangan.
  12. Bilik Muzik.
  13. Bilik SPBT.
  14. Bilik Bimbingan Dan Kaunseling.

Read more...

KESELAMATAN MURID

  1. Keselamatan murid adalah tanggungjawab murid sendiri.
  2. Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/ kelab, sukan/ permainan dan di dalam bilik darjah, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup.
  3. Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab pihak sekolah.

Read more...

TATATERTIB & KESOPANAN

  1. Semua murid wajib mengenali semua guru dan staf sekolah.
  2. Semua murid mesti menghormati guru, staf sekolah, pelawat dan sesama rakan persekolahan lain.
  3. Amalan dan budaya mengucapkan salam dan ucap selamat sejahtera hendaklah menjadi amalan seharian sepanjang sesi persekolahan.
  4. Murid mesti menunjukkan tingkah laku yang baik dan menjaga nama baik sekolah.
  5. Murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013