ARABIAN NIGHT MENGUKIR KENANGAN

>> Selasa, 23 Oktober 2012

Antara Calon Putera-putera Arab.
19 OKT - Satu majlis nostalgia tahun 6 telah berlangsung di Dewan Baiduri, SK Lembah Keramat malam semalam. Majlis nostalgia yang bertemakan arab itu diberi nama “Arabian Night” telah disertai seramai 168 orang peserta yang terdiri dari murid-murid tahun 6 SK Lembah Keramat.
“Saya amat berpuas hati dengan majlis kali ini kerana berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang hebat dari murid-murid tahun 6,” Kata Puan Khalijah selaku Penyelaras tahun 6.
“Harapan saya pada tahun akan datang majlis nostalgia ini mendapat penyertaan yang lebih banyak lagi dengan tema yang lebih menarik”, katanya. Beliau amat terharu dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dalam menjayakan majlis ini.
Pelbagai persembahan telah dipersembahkan kepada hadirin antaranya karaoke, Choral speaking, Tarian arab, Tarian boria, Sketsa Madu 3, Persembahan Koir, Pentomen, Nasyid dan Dikir barat yang dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Dalam pada itu, adik Zuhair dan Hanisya Shafira telah terpilih sebagai pemenang kostum terbaik. Majlis yang bermula awal 8 malam berakhir jam 11.30 malam. SKLK mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa pelaksana dan syabas kerana telah menjayakan program ini dengan jayanya.

Read more...

SEHARI DI MELAKA

>> Ahad, 21 Oktober 2012


Peserta Lawatan Beratur Untuk Masuk WonderLand, Melaka.

Kelihatan Peserta Melintas Jambatan Muzium Samudera, Melaka.
20 OKT - Seramai 119 orang murid SK Lembah Keramat telah menyertai satu lawatan ke Melaka anjuran Unit Kokurikulum SK Lembah Keramat yang dipimpin oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Normayadi Othman. Ia merupakan lawatan yang pertama dianjurkan sejak beliau mengambil alih sebagai guru penolong kanan kokurikulum SK Lembah Keramat setelah guru penolong kanan terdahulu Puan Mengit Kaur Singh bersara. Antara tempat yang telah dilawati ialah Taman Buaya, Muzium Samudera dan Taman Tema Air “Wonderland”, Melaka. Menurut Encik Normayadi Othman, beliau amat berbangga dengan penyertaan murid-murid SK Lembah Keramat yang memberangsangkan serta kerjasama yang diberikan oleh ibubapa membenarkan anak-anak jagaan mereka menyertai program lawatan ini. Beliau bersyukur kerana sepanjang program lawatan ini tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Harapan beliau agar program lawatan sebegini dapat diadakan lagi. Peserta lawatan ke Melaka selamat tiba di sekolah pada jam 9.30 malam.

Read more...

PEPERIKSAAN AKHIR

>> Isnin, 15 Oktober 2012

15 OKT - Setelah hampir setahun dicurahkan ilmu oleh guru. Hari ini merupakan hari pengujian murid-murid terhadap ilmu yang dipelajari sepanjang tahun 2012 dan merupakan hari yang pertama murid murid SKLK menduduki peperiksaan akhir tahun 2012. Peperiksaan ini akan berlangsung lima hari bermula 15 oktober hari isnin sehingga hari khamis iaitu 19 oktober ini. Manakala buat murid murid tahun 6, peperiksaan ini merupakan peperiksaan yang terakhir buat mereka di SKLK memandangkan mereka bakal melangkah ke sekolah menengah pada awal tahun hadapan. Dalam pada itu, SKLK mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir tahun buat semua murid murid SKLK. Buatlah yang terbaik dan berusahalah demi kejayaan masing masing.

Read more...

CINTA

10 OKT - Seramai 200 orang murid tahun 6 SK Lembah Keramat telah menyertai satu ceramah yang berlangsung di Dewan Baiduri SK Lembah Keramat pagi tadi. Ceramah yang bertajuk "Menyingkap Tabir Cinta Zulaikha Dan Yusuf A.S" itu telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Majalah Ana Muslim. Iaitu Ustaz Zdul Hilman. Ceramah ini merupakan salah satu program lepas UPSR. Dalam ceramah tersebut Ustaz Zdul Hilman mengingatkan murid-murid tentang kesan cinta antara remaja dan perkara yang sepatutnya dilakukan diawal remaja. Semoga perkara dan ilmu yang disampaikan menjadi panduan buat lepasan SKLK dalam menghadapi alam remaja mereka.

Read more...

Ke Mana Anda Lepasan UPSR

>> Khamis, 4 Oktober 2012

3 OKT - Satu ceramah anjuran Badan Kaunseling telah berlangsung pagi semalam untuk murid-murid tahun 6 di Dewan Baiduri SK Lembah Keramat. Ceramah yang bertajuk "Ke Mana Selepas UPSR Dan Kerjaya Anda" telah disampaikan oleh Encik Khairul Lotfi dari Creative Intergration Resource (CIR). Ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid kerjaya yang diminati dan sesuai berdasarkan personaliti murid tersebut. Pengukuran kerjaya ditentukan dengan ujian kerjaya yang digunakan di Holand. Murid-murid perlu menjawab satu kertas ujian dan keputusan kerjaya tersebut akan dapat ditentukan dari keputusan ujian tersebut. SK Lembah Keramat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam program ceramah ini.

Read more...

CERAMAH AWAL REMAJA

2 Oktober - Seramai 210 orang murid tahun 6 menyertai ceramah di Dewan Baiduri Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat pagi tadi (semalam). Ceramah yang diberi nama "Ceramah Awal Remaja" merupakan salah satu ceramah lepas UPSR yang dianjurkan oleh Badan Kaunseling SK Lembah Keramat. Program ceramah awal remaja ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah yang dijemput khas dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Cik Azni dan Cik Azlin. Tujuan ceramah tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tahunan 6 yang bakal melalui zaman remaja mereka matlumat yang betul tentang sistem inproduksi manusia. Disamping itu memberikan kesedaran kepada murid-murid terhadap kesan gejala sosial remaja sekarang seperti kes buang bayi dan sebagainya. SK Lembah Keramat mengucapkan terima kasih kepada LPPKN kerana sudi memberikan ceramah kepada murid-murid SKLK.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013