PERCUBAAN UPSR

>> Selasa, 24 Julai 2012

24 JULAI - Hari ini merupakan hari pertama Ujian Percubaan UPSR bagi calon-calon yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. SK Lembah Keramat juga tidak dikecuali, seramai 217 orang calon menduduki peperiksaan percubaan UPSR pagi ini. Sebelum calon SKLK memasuki dewan, satu bacaan yasin dan doa selamat telah diadakan. Bacaan yasin dan doa tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Izzuddin. Tidak ketinggalan juga guru guru tahun 6 turut sama menyertai bacaan yasin dan doa selamat tersebut. SKLK mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR kepada calon UPSR tahun ini. Buatlah yang terbaik untuk masa hadapan masing masing. Diharapkan SKLK  dapat meningkatkan prestasi pencapaian pada tahun ini daripada pencapaian tahun lepas.

Read more...

JASAMU DIKENANG

>> Jumaat, 13 Julai 2012

13 JULAI - Jasamu tetap dikenang itulah ucapan yang diucapkan kepada Teacher Hasnida Bt Hassan yang telah bersara pada hari ini. Satu Majlis Persaraan telah diadakan di SK Lembah Keramat pada pagi ini khas buat Teacher Hasnida. Meniti perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang guru. Beliau merupakan guru yang paling senior di SK Lembah Keramat kerana telah berkhidmat di sini selama 25 tahun sejak tahun 1987 hinggalah sekarang. SK Lembah Keramat merupakan sekolah yang kedua beliau mencurahkan baktinya sebagai seorang guru. Sekolah pertama beliau melangkah sebagai seorang pendidik ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Pudu 1, Kuala Lumpur. SKLK mengucapkan "Salam Persaraan" buat Teacher Hasnida. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Teacher Hasnida diatas jasa dan bakti beliau selama 25 tahun bersama SKLK. Jasa Teacher Hasnida hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

Read more...

MERAH MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN

>> Isnin, 9 Julai 2012

8 JULAI - Rumah Merah sekali lagi mempertahankan Kejuaraan dalam Kejohanan Sukan SKLK pada tahun ini. Kojahanan Sukan SKLK yang bermula seawal 7.30 pagi telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Gombak En. Zul Hilmi Abd Hamid Bahagian Unit Data Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Antara acara yang menarik ialah perbarisan kontijen rumah sukan. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan pada tahun ini daripada tahun sebelumnya. Pada tahun ini, setiap rumah sukan mempunyai maskot masing-masing dan perlu menghias rumah masing-masing serta membuat perbarisan yang menarik sebelum acara dimulakan. Dalam pertandingan perbarisan tersebut rumah merah telah meraih kemenangan. Keputusan Hari Sukan sekolah ialah tempat pertama dimenangi oleh rumah Merah. Diikuti pula tempat kedua rumah Hijau. Tempat ketiga dan keempat, rumah biru dan rumah kuning. Tahniah diucapkan juga kepada peserta-peserta Kejohanan serta rumah-rumah yang telah memenangi acara. Buat yang tidak bernasib baik teruskan usaha untuk meraihkan kemenangan pada masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada warga SKLK yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Sukan SKLK pada tahun ini. Semoga dengan adanya program sebegini dapat mencungkil lagi bakat yang ada pada murid serta dapat mengeratkan silaturahim antara ibubapa penjaga dengan guru.  Pelawat boleh melihat foto hari sukan SKLK di Facebook Ko-Kurikulum SKLK.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013