HARI BERTEMU PELANGGAN

>> Selasa, 26 Jun 2012

20 JUN - Satu Program Hari bertemu ibubapa penjaga telah diadakan di SKLK pada hari ini. Program yang bermula seawal 8.00 pagi tersebut telah dihadiri oleh 1,106 orang yang terdiri daripada kalangan ibubapa penjaga murid-murid SKLK. Ada diantara mereka yang datang pada awal kira kira jam 7.20 pagi untuk berjumpa dengan guru kelas anak mereka. Dalam program hari ini, ibubapa penjaga berpeluang untuk berbincang dengan guru mengenai prestasi akademik dan tingkah laku anak sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tidak kurang juga kehadiran ibubapa penjaga disebelah pra sekolah SKLK iaitu 36 orang. Pada sesi petang pula, kaunter untuk ibubapa penjaga murid murid tahun 1 dan 2 dibuka pada jam 1.10 tengahari. Seramai 338 orang ibubapa penjaga telah hadir untuk mengambil laporan belajar anak masing -masing. Dalam pada itu, satu taklimat ibubapa telah diadakan berasingan di Dewan Baiduri, SKLK. Dalam taklimat tersebut ibubapa telah didedahkan mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program hari bertemu berakhir jam 5.00 petang. SKLK mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa penjaga yang sudi datang ke SKLK pada hari tersebut. Semoga pada hari bertemu ibubapa penjaga yang akan datang mendapat sambutan lebih hebat lagi dengan kehadiran ibubapa yang lebih ramai.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013