MAJLIS PELANCARAN HARI GURU

>> Khamis, 17 Mei 2012

16 MEI - Majlis Pelancaran Hari Guru peringkat  SK Lembah Keramat berjalan dengan lancar hari  ini. Walaupun Sambutan Hari Guru disambut dengan sederhana namun ia tetap meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Majlis yang bermula seawal jam 7.40 pagi dibuka dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izzuddin kemudiannya diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri Selangor dan Guru Malaysia. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ikrar guru yang dipimpin oleh Puan Sharifah Maisurah Syed Yasin, Penolong Kanan 1 Pentadbiran. Diikuti dengan ucapan Ketua Murid disampaikan oleh Adik Mohd Izzat Sabri dan perutusan Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang dibaca oleh Encik Normayadi Othman, Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Diakhir majlis pelancaran, upacara penyampaian hadiah daripada murid kepada guru-guru telah diadakan. Sambutan Hari Guru peringkat SK Lembah Keramat akan diteruskan lagi pada 18 Mei ini nanti. SKLK mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada warga pendidik SKLK yang telah mencurah bakti mendidik anak bangsa. Terima kasih cikgu.

Read more...

MAJLIS TAHLIL BERJALAN LANCAR

>> Selasa, 15 Mei 2012

14 MEI - Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin telah berjaya diadakan di Surau Al-Kauthar, SK Lembah Keramat malam tadi. Majlis anjuran PIBG SK Lembah Keramat tersebut telah dihadiri seramai 20 orang yang terdiri dikalangan Ahli Jawatankuasa PIBG dan guru lelaki. Majlis tersebut diadakan bertujuan memanjat keampunan dan keredhaan Allah kepada Allahyarham Guru Besar SK Lembah Keramat, Md Rasani Bin Hamazah yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Mei 2012.Yang Dipertua PIBG, Encik Shafar Sharuddin mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sudi datang pada majlis tersebut. Menurut beliau majlis tahlil seperti ini akan diteruskan lagi pada 18 Mei 2012. Diharap guru-guru dan ibubapa yang ada kelapangan dapat meluangkan masa menghadiri ke majlis tahlil itu nanti.

Read more...

JEMPUTAN MAJLIS TAHLIL

>> Ahad, 13 Mei 2012

Kepada :

Warga SKLK/ AJK PIBG,

JEMPUTAN KE MAJLIS TAHLIL & BACAAN YASIN

Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin untuk Allahyarham Guru Besar SK Lembah Keramat, Mohd Rasani Bin Hamazah

2. Majlis tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 Mei 2012
Hari : Isnin
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Surau Al-Kauthar, SK Lembah Keramat

Semoga pihak tuan/puan dapat menghadiri majlis tahlil tersebut.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
YDP PIBG SKLK 2012

Read more...

HILANGNYA TIADA BERGANTI

>> Rabu, 9 Mei 2012

8 MEI - SKLK telah kehilangan permatanya setelah Guru Besarnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada malam semalam. Beliau sebelum ini telah mengalami penyakit hati sejak beberapa bulan yang lalu. Mengikut sumber, beliau mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menjalankan pembedahan yang dijadualkan keesokkan harinya. Namun tidak sempat sampai ke destinasi, beliau kemudiannya dikejarkan ke HUKM. Sebagai penghormatan terakhir dari warga SKLK, satu majlis solat jenazah ghaib telah diadakan di Surau Al-Khausar SKLK. Solat jenazah tersebut telah diimami oleh Ustaz Mohd Izzuddin dan murid murid lelaki tahun 5 dan 6 menjadi makmumnya. Satu rombongan warga  SKLK yang terdiri dari guru guru SKLK telah pergi melawat keluarga beliau bertujuan memberikan penghormatan terahir buat guru besar dan memberikan ketenangan kepada keluarga Allahyarham. Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan Sungai Kantan pada pukul 9.30 pagi. Semoga Allah taala merahmati Allahyarham dan mengurniakan kesabaran kepada ahli keluarga beliau. Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dari warga SKLK.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013