PERATURAN SEKOLAH - MURID

>> Ahad, 1 Januari 2012

a)  Perwatakan Murid

  1. Rambut mestilah sentiasa kemas dan bersih.
  2. Berfesyen secara keterlaluan adalah dilarang.
  3. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
  4. Murid perempuan yang berambut panjang mestilah mengikat rambut dengan reben hitam atau putih sahaja.
  5. Murid-murid perempuan digalakkan memakai tudung berwarna putih (mini telekung), yang tepinya sudah dijahit biasa, bukan berenda-renda atau berbunga sulam.
  6. Murid lelaki mesti berambut pendek
  • Depan : Tidak melebihi bahagian kening.
  • Tepi : Tidak mencecah telinga
  • Belakang : Tidak mencecah kolar baju.
b) Pakaian Seragam Sekolah
  1. Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan bersih dipakai semasa hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan ketika membuat lawatan rasmi.
  2. Murid diwajibkan memakai lencana sekolah dan tanda nama ke sekolah setiap hari.

c) Pakaian Murid Lelaki
  1. Baju :Semua murid lelaki hendaklah memakai baju berwarna putih berleher deoan dengan dikenakan kancing butang putih dan berlengan pendek.
  2.  Seluar : Berseluar pendek atau panjang berwarna biru tua.
  3. Tali Pinggang : Lebar tali pinggang tidak melebihi 3.7 sentimeter, berwarna hitam sahaja.
  4. Kasut sekolah : Murid hendaklan memakai kasut kanvas/ kain berwarna putih biasa tanpa sebarang jenama mahal.
  5. Stokin : Murid diwajibkan memakai stokin berwarna putih sahaja, melebihi 10 sentimeter selepas buku lali kaki. Stokin yang berenda, berjalur dan sewarna dengan kulit (bagi murid perempuan) adalah dilarang.
  6. Lencana, Tanda Nama dan Tali Leher : Semua murid diwajibkan memakai tanda nama dan tali leher (bagi murid lelaki) ke sekolah setiap hari.
d) Pakaian Murid Perempuan
Pakaian murid perempuan :
"pinafore tunec" berwarna biru tua dan baju putih berlengan pendek. Murid perempuan juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan memakai sarung berwarna biru tua. Leher baju hendaklah sentiasa dikancingkan dengan butang. Sebarang keronsang atau "broach" adalah dilarang.

Tudung Mini Telekung :
Murid perempuan digalakkan memakai tudung mini telekung berwarna putih tanpa berenda atau sulaman.

Barang kemas, Perhiasan, Alat Solek : 
Murid dilarang memakai barang kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, cincin kecuali jam tangan.
Bagi yang bertindik, subang yang dibenarkan ialah subang kecil yang ukurannya tidak melebihi 1 sentimeter.
Murid dilarang memakai apa jua bentuk perhiasan dan mengenakan apa jua alat solek.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013