TAHNIAH SKLK

>> Ahad, 9 Oktober 2011

9 OKT - Tahniah buat SKLK kerana telah berjaya mengadakan Program Perkhemahan Bersepadu Badan Berunifom pada tahun ini. Seramai 116 orang murid tahun 5 SKLK yang terdiri dari Unit-unit Uniform SKLK telah menyertai perkhemahan kali ini. Program perkhemahan ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam. Program yang bermula pada hari sabtu, 8 Oktober ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKLK. Menurut En. Normayadi Othman, Penolong kanan Kokurilum SKLK, beliau amat berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa cuti hari minggu untuk sama-sama menjayakan program perkhemahan kali ini. Tidak dilupakan juga kesanggupan ibubapa penjaga melepaskan anak-anak bawah jagaan mereka untuk menyertai program ini. Beliau melahirkan kesyukuran terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa Program sehingga ada yang sanggup bersekang mata tidak tidur demi menjaga keselamatan para peserta program. Majlis perasmian program perkhemahan kali ini telah ditangguh oleh En. Shafar Sharudin, YDP SKLK. Walaupun majlis perasmian penutupan program tidak dapat dihadiri oleh Guru besar SKLK kerana masalah kesihatan. Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada guru-guru SKLK kerana menjayakan program perkhemahan pada tahun ini ketika ditemui di Hospital Selayang.

Read more...
Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013