SAMBUTAN HARI GURU MERIAH

>> Rabu, 18 Mei 2011

16 MEI - Satu Sambutan Hari Guru telah berlangsung di SKLK hari ini. Program Sambutan Hari Guru merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh SKLK bersempena meraikan jasa guru-guru SKLK seiringan dengan Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA". Program telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri Selangor dan lagu sekolah diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Khalid Sabri. Selepas itu Adik Nur Syahirah Kamaruzaman selaku Ketua Murid menyampai ucapan. Diikuti dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Puan Mastura Mohd Mokhtar, ucapan YDP PIBG En. Mohd Shafar Sharudin dan ucapan dari Guru Besar SKLK En. Rasani Hamazah. Program diteruskan dengan Ikrar guru yang diketuai oleh Guru Besar SKLK dan nyanyian "Guru Malaysia" oleh guru-guru SKLK. Sebagai tanda penghargaan kepada guru aturcara penyerahan hadiah kepada guru turut diadakan. Pada 10.45 pagi murid-murid dibawa ke Dewan Baiduri untuk menonton persembahan. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid dan guru-guru antaranya tarian boria, dikir barat dan nyanyian lagu-lagu pilihan. Program sambutan hari guru berakhir dengan bertukar hadiah sesama guru dan sukaneka.. SKLK mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh negara amnya dan warga pendidik SKLK khasnya.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013