SEJARAH SKLK

>> Ahad, 2 Januari 2011

Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat mula berfungsi pada 2 hb. Januari 1985. Sekolah ini dibina di bawah “Projek Kilat”.

Nama asal SKLK ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Keramat Hujung. Di atas daya Guru Besar yang pertama Tuan Haji Idris Bin Hassan, selepas beberapa permohonan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat.

Bangunan asal sekolah ini terdiri dari blok bangunan setingkat yang terdiri daripad 14 buah bilik darjah, sebuah setor, sebuah kantin dan 4 buah bilik tandas. Terletak di kawasan seluas 4,308 ekar.

Dalam tahun 1986, banguan tambahan mula dibina merupakan bangunan tiga tingkat dibuat daripada batu. Banguan ini mengandungi 8 buah bilik darjah, Pejabat Guru Besar, pejabat, Bilik Guru, Bilik Pusat Sember dan Bilik Sembahyang. Bangunan tambahan ini mula berfungsi pada 24hb Januari 1987.

Pada peringkat awal keadaan padang sangat menyediakan. Berair dan berlopak-lopak di sana sini dan tidak sesuai digunakan  untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pendidikan jasmani. Atas daya usaha PIBG dan Angkatan Tentera, padang telah diperbaiki dalam tahun 1986 dengan perbelanjaan RM15,000.00.

Oleh sebab pertambahan murid begitu pesat tarmac yang asa tidak dapat menampung murid-murid terutama di masa perhimpunan. Tarmac tambahan telah diusahakan pada 10hb Februari 1987.

Pertambahan bilangan murid merupakan factor utama pertambahan bangunan/fizikal sekolah, mulai November 1993. Usaha membina bangunan baru empat tingkat dimulakan dan dijangka siap pada Ogos 1994.

Pengubahsuaian dan baikpulih fizikal SKLK dijangka bermula Mac 1994, bagi membolehkan SKLK lebih menarik dan berwajah baru.

Pada cuti pertengahan semester kedua 2008, sekolah telah dilawati oleh kontraktor dan telah memulakan memasang pagar keselamatan bertujuan untuk pembinaan bangunan baru satu blok tiga tingkat.

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013