PENGASAS SEKOLAH

>> Ahad, 2 Januari 2011

Dilahirkan pada 11 November 1935 di Kampung Batang Kapas (sekarang dikenali sebagai Kampung Padang Balang), Gombak, Selangor Darul Ehsan. Mempunyai dua orang adik beradik. Ayahandanya meninggal dunia sewaktu beliau berumur satu setengah tahun.
 
Pada zaman pemerintahan Jepun, beliau berpindah ke Merbau Sempek, selepas itu berpindah ke Paya Jaras. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sg Palong Kuala Selangor pada tahun 1946. Beliau berumur 11 tahun pada ketika itu dan memasuki darjah satu, dalam tahun yang sama beliau telah naik ke darjah dua dan kemudian tiga.
 
Dalam tahun 1947, berpindah balik ke kampung asal, Batang Kapas dan bersekolah di Sekolah Melayu Setapak sehingga Darjah 6. Pertengahan tahun 1952, beliau berpindah ke Sekolah Melayu Ulu Gombak (sekarang Gombak Utara) dan menyambung belajar ke Sekolah Princes’ Road (Sekolah Jalan Raja Muda), Kampung Baru Kuala Lumpur hingga 1952. setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai buruh sebelum menjadi seorang guru.
 
Beliau mula mengajar pada 1 Julai 1953 di Sekolah Melayu Labuhan Dagang, Kuala Langat. Pada 1956 beliau telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Melayu Sentul Pasar. Tahun 1962, beliau berpindah ke Sekolah Gombak Lane, 1964 ke Sekolah Jalan Pasar dan menjadi Guru Ketua Darjah Menengah pada tahun 1967. Bertukar ke Sekolah Polis Depot ke Sekolah Menengah Gombak Setia pada tahun 1970. Tahun 1981 bertugas di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. 1984 menjadi Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Kajang. 1985 dilantik sebagai Guru Besar Pertama di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat hingga bersara pada 11 November 1990.
 
Bidang akademik SPM 1963. STPM tidak mendapat sijil penuh. Belajar secara pos dalam bidang bahasa di Universitas Nasional Inodonesia (UNAS) hingga peringkat Sarjana Muda. Tetapi oleh kerana beberapa sebab beliau tidak mendapat ijazah. Bergiat dalam politik, Ketua UMNO Cawangan (1983-1993) menduduki beberapa Jawatankuasa, Masjid, pemulihan dadah dan lain-lain.1985 dikurniakan bintang PJK.

0 ulasan:

Penafian: SK Lembah Keramat adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini


Hak Cipta Terpelihara SKLK 2013